Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lebih 300 peserta sertai program Berbasikal dan Gotong Royong

9:03pm 21/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 12 views Tempatan
KENANGAN.... Jainab dan Yeo merakamkan gambar kenangan bersama para peserta semasa program Berbasikal dan Gotong Royong di sekitar Pekan Telipok, di sini, hari ini.

KENANGAN…. Jainab dan Yeo merakamkan gambar kenangan bersama para peserta semasa program Berbasikal dan Gotong Royong di sekitar Pekan Telipok, di sini, hari ini.

TELIPOK- Seramai lebih 300 peserta menyertai program Berbasikal dan Gotong Royong di sekitar Pekan Telipok, di sini, hari ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah,Datuk Hajah Jainab Haji Ahmad Ayid berkata program ini sangat baik bagi memupuk kesedaran rakyat betapa pentingnya menjaga kebersihan dan menjaga kesihatan dengan berbasikal.

Turut hadir, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu,Datuk Yeo Boon Hai,Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan dan Pengarah-pengarah Jabatan dibawah DBKK.

Jainab berkata peniaga-peniaga harus menjaga kebersihan sama ada premis mahupun gerai-gerai bagi menghindari penyakit yang membahayakan kesihatan.

“Hari ini kami memberi panduan kepada masyarakat agar sentiasa menjaga kebersihan dan menjaga kesihatan dengan cara berbasikal dan bergotong royong,”kata Jainab.

Jainab juga menyeru kepada masyarakat agar menjadi pengguna yang sihat dan bijak konsumer.

“Pengguna harus bijak memilih,memboikot dan melaporkan sekiranya ada peniaga yang culas dalam perniagaan,”kata Jainab.

Program ini dianjurkan sempena Sambutan Ulang Tahun Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Ke-16.- SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan