Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lebih 300 anggota ESSCOM terlibat ‘Ops Gasak’

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

SANDAKAN- Lebih 300 anggota keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) terlibat dalam ‘Ops Gasak’ di perkampungan setinggan Mangkalinau, di sini.

Ops Gasak secara besar-besaran itu bertujuan memburu saki baki pendatang tanpa izin (PATI) di perkampungan setinggan bandar Sandakan.

Komander ESSCOM DCP Dato’ Abd Rashid Harun sebelum ini dipetik sebagai berkata, operasi berterusan yang dikendalikan Esscom itu antaranya bertujuan membersihkan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) daripada PATI.

Operasi itu dilaksanakan serentak dengan operasi bersepadu membanteras sambungan elektrik di perkampungan tersebut.

Semalam, ESSCOM terlibat membantu menjayakan operasi bersepadu membanteras sambungan elektrik di penempatan haram setinggan  berhampiran rumah pangsa Majlis Perbandaran Sandakan di Jalan Batu Sapi, dekat sini yang turut disertai Suruhanjaya Tenaga, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Majlis Perbandaran Sandakan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Bekalan Air dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. – OLEH MONICA GIDUNG / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan