Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,738

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lebih 30 kanak- kanak sertai Program Berkhatan Beramai-Ramai

9:15am 20/11/2016 Elezebeth Esther Onjining 13 views Sandakan,Tempatan
Samsudin menyaksikan salah seorang kanak-kanak telah dikhatan.

Samsudin menyaksikan salah seorang kanak-kanak telah dikhatan. 

SANDAKAN- Lebih 30 kanak-kanak menyertai Program Berkhatan Beramai-Ramai anjuran Masjid Nurur Rahman Taman Mawar, dekat sini, kelmarin.

Adun Sekong, Datuk Samsudin Yahya berkata program tersebut merupakan sebahagian tanggungjawab sosial terhadap masyarakat setempat kawasan perumahan tersebut.

Selain itu, katanya, program itu turut memberi motivasi dan semangat kepada peserta kerana diraikan dalam satu majlis khas.

“Diharap program seperti ini dapat dikekal dan diteruskan pada masa akan datang. Nilai tradisi ini perlu dipelihara dan menjadi budaya berkekalan,” kata Samsudin ketika berucap dalam majlis tersebut.

Menurut Samsudin yang juga Ketua UMNO bahagian Batu Sapi berkata amalan itu yang merupakan tradisi masyarakat Islam wajar juga didedah kepada generasi baru kerana ia merupakan satu lambang perpaduan antara pelbagai lapisan rakyat.

”Program khatan beramai-ramai ini wajar diteruskan termasuk mendapat penyertaan pelbagai pihak bukan kerajaan kerana melaluinya, kewujudannya dapat mendekatkan lagi hubungan dengan masyarakat,” katanya

Jelasnya program sebegini harus diteruskan pada masa depan kerana bukan sekadar melaksanakan tanggungjawab mengkhatankan anak-anak tetapi mampu mempereratkan kerjasama antara penduduk kampung di sekitar masyarakat setempat di situ.

Kata beliau, program berkhatan secara beramai-ramai akan meningkatkan lagi semangat kekeluargaan dan mengukuhkan ikatan perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.

“Ini membuktikan bahawa masyarakat kita terutama orang Melayu masih boleh bersatu di atas nama kepentingan bersama terutama membabitkan syariat agama.

“Jika kita boleh bersatu seperti ini, jelas memberi mesej bahawa kekuatan ukhuwah tidak akan dapat diruntuhkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Beliau turut mengucapkan setinggi penghargaan kepada Datuk Hj. Daning Bajau yang juga selaku pengerusi dan barisan ahli jawatankuasa Masjid yang telah melaksanakan progarm ini dengan jayanya.

Dengan adanya program berkhatan beramai-ramai ini, saya percaya ianya dapat memeriahkan, malah menghidupkan tradisi kampung dengan memupuk semangat kerjasama, dan meningkatkan lagi silatulrahim penduduk di sekitar kawasan itu.

Dalam majlis itu, Samsudin telah menyampaikan sumbangan kewangan tabung masjid, bagi keperluan ahli jawatankuasa Masjid menjalankan aktiviti keagamaan. SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan