Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lebih 3 ribu penduduk terjejas bekalan air- Jelani

7:54am 04/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 435 views Tempatan
Keadaan sungai di Kampung Mandavang yang kering kontang akibat kemarau.

Keadaan sungai di Kampung Mandavang
yang kering
kontang akibat kemarau.

MATUNGGONG- Seramai lebih 3000 orang penduduk daripada lebih 10 buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggong kini menghadapi masalah mendapatkan bekalan air bersih akibat fenomena El Nino atau cuaca panas.

ADUN Matunggong, Dato’Jelani Hamdan berkata, masalah ketiadaan bekalan air bersih telah berlarutan sejak seminggu lalu.

Menurutnya, penduduk kampung yang terjejas selama ini mendapat bekalan air bersih dari paip yg disalurkan oleh Jabatan Air.

“Bagaimanapun saya menerima aduan daripada penduduk kampung yang mendakwa jabatan air telah mula membuat catuan air sehingga tiada bekalan air sampai ke rumah mereka.

“Keadaan ini telah menyukarkan penduduk kampung kerana ketiadaan bekalan air paip untuk minum, masak dan lain-lain”, katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Jelani berkata, kampung-kampung yang terjejas bekalan air bersih ialah Kg. Tigaman Darat, Kg Sampir Tengah, SK. Sampir, Kg Sampir Darat, Kg Teringai Darat, Kg Muhang, Kg Jambutan Laya-Laya, Kg Teringai Laut, Kg.Manvang Laut, Kg Tuhau , Kg Pata dan lain-lain. Dijangaka lebih banyak lagi kampung-kampung akan mendapat kesan jika kemarau berpanjangan.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan Jawatan Kuasa Khas Bencana Alam Matunggong , di bawah Pejabat ADUN Matunggong untuk digerakkan serta merta untuk memantau dan menangani masalah itu

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kerana difahamkan pihak Pejabat Daerah Kota Marudu dan Jabatan Air Kota Marudu datang meninjau beberapa kampung yang terlibat.

Walau bagaimanapun beliau mahu Jabatan Air Kota Marudu dan Kudat mengambil tindakan segera dengan menghantar bantuan air ke kampung-kampung yang terjejas dan merangka plan tindakan spesifik jika keadaan ini berpanjangan.

Katanya, Jabatan Air juga perlu memantau dan mengambil perhatian terhadap kampung-kampung lain yang sedang menghadapi masalah bekalan air akibat cuaca panas yang berlarutan.

“Sekiranya catuan air dibuat, jangan sehingga tiada lansung air dibekalkan kepada orang kampung kerana mereka amat memerlukannya air”, tegasnya.

Sementara itu, penduduk kampung di Kg.Muhang dan Jambutan Laya-Laya yang terjejas bekalan air terpaksa mendapatkan air perigi dan sumber air dari hutan untuk menampung keperluan harian mereka.-SayangSabah

Penduduk kampung  Mandavang terpaksa menggunakan sumber air hutan.

Penduduk kampung Mandavang
terpaksa menggunakan sumber air hutan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan