Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lebih 3 ribu orang peserta menyertai karnival sukan UMNO peringkat negeri Sabah

8:05pm 15/04/2016 Leolerry Lajius 258 views Sukan,Tempatan
Musa (tengah) bersama barisan pemimpin UMNO yang lain mengambil gambar bersama peserta yang menyertai karnival tersebut.

Musa (tengah) bersama barisan pemimpin UMNO yang lain mengambil gambar bersama peserta yang menyertai karnival tersebut.

KOTA KINABALU: Seramai 3276 orang peserta dari 25 pasukan menyertai karnival sukan UMNO peringkat negeri yang akan bersaing dalam 12 acara yang dipertandingkan.

Menurut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, karnival sukan ini bukan sahaja sebagai wadah untuk saling mengeratkan silaturahim dalam kalangan peserta malah sebagai salah satu platrfom untuk membudayakan kesihatan di samping dapat mencungkil bakat golongan muda.

“Golongan muda merupakan satu keutamaan kepada negara kita kerana mereka merupakan bakal pewaris tampuk kepimpinan negara yang akan meneruskan perjuangan untuk memimpin dan memajukan negara.”

“Melalui karnival sukan ini, anak-anak muda dari seluruh bahagian akan dapat berkumpul dalam satu keluarga yang besar dan dalam masa yang sama akan dapat memupuk semangat kekitaan agar dapat bekerjasama bagi memperkukuhkan lagi UMNO,”katanya ketika ditemui media sempena perasmian Karnival Sukan UMNO peringkat negeri di Kompleks Sukan Likas, di sini, hari ini.

Sementera itu, ketika menyampaikan ucapan perasmian pada majlis tersebut beliau berkata bahawa UMNO akan terus berdiri sebagai parti yang akan sentiasa mengutamakan dan memperjuangkan hak rakyat kerana UMNO mempunyai rekod yang baik sepanjang memegang tampuk kepimpinan.

“Saya percaya kita semua akan sentiasa bersatu hati dan saling bekerjasama dan yang paling penting melalui sukan ini kita dapat berkumpul bersama dalam sebuah keluarga yang besar.”

“Kita harus mengelakkan konflik daripada berlaku dan haruslah sentiasa bersatu padu kerana apabila kita sudah bekerjasama kita akan mampu menangani walau apa sahaja cabaran yang datang,”katanya.

Sempena karnival tersebut, pusat pendaftaran untuk pengundi baru juga dibuka bagi memudahkan golongan belia yang belum mendaftar sebagai pengundi untuk mendaftar.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Musa (kiri) menyampaikan cenderahati kepada wakil pasukan Kota Belud.

Musa (kiri) menyampaikan cenderahati kepada wakil pasukan Kota Belud.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan