Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lebih 250 Premis Dikesan Jual Arak Murah Di Seberang Perai

jualarakmurah

BUTTERWORTH:Lebih 250 premis melibatkan kedai runcit, pasar raya, kedai makan dan kedai ubat di sekitar Seberang Perai dikesan menjual arak murah secara meluas kepada masyarakat tanpa mengira peringkat umur.

Anggota Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) David Marshel berkata perkara itu membimbangkan kerana minuman tersebut begitu mudah diperoleh termasuk oleh pelajar sekolah dengan harga serendah RM2.

“Buat masa ini kami tidak boleh ambil tindakan kerana kesemua premis itu beroperasi dengan lesen sah dan kami juga tidak boleh halang orang beli arak kerana ia hak dan pilihan masing-masing,” katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Susulan itu beliau berkata pihaknya akan menganjurkan forum bertajuk ‘Arak Murah dan Impaknya Kepada Rakyat’ bertempat di Dewan Sri Mariamman di sini, bermula pukul 7.30 malam, Sabtu ini

Beliau berkata MPSP turut giat merangka gerakan kempen dan menganjurkan beberapa lagi siri seminar sepanjang tahun ini untuk meningkatkan kesedaran pengguna berhubung bahaya arak murah.

David yang juga Pengerusi Penganjur forum itu berkata lambakan arak murah dalam pasaran memberi kesan langsung kepada masalah sosial selain hasil soal selidik mendapati pekerja asing menjadi pembeli utama minuman itu.

“Pekerja asing datang ke sini untuk bekerja, tetapi bila mereka mula ketagih arak prestasi kerja akan terjejas, bukan sahaja mereka rugi…kerajaan juga rugi,” katanya.

Beliau berkata hasil ujian sampel yang dihantar kepada beberapa makmal swasta sebelum ini mendapati arak murah mengandungi metanol kerana tidak melalui proses penapaian sempurna.

“Arak berkualiti tiada unsur ini (metanol). Selain itu ia juga tinggi alkohol dengan kadar melebihi 30 peratus berbanding lima hingga 4.5 peratus arak biasa,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan