Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lebih 200 kotak limau mandarin diagihkan kepada masyarakat Tionghua di Tawau

Tawfiq (kanan) dan Mary menyampaikan limau mandarin kepada masyarakat Tionghua.
Tawfiq (kanan) dan Mary menyampaikan limau mandarin kepada masyarakat Tionghua.

TAWAU- Lebih 200 kotak limau mandarin diagihkan kepada pemimpin dan masyarakat Tionghua di kawasan Parlimen Tawau dan Dewan Undangan Negeri Apas sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun ini.

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Hj Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, program agihan limau dan angpau sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut isnin hadapan merupakan satu tradisi menjelang sambutan perayaan itu setiap tahun.

Katanya, pemberian angpau dianggap sesuatu yang mempamerkan kemakmuran ekonomi dan berharap masayarakat tionghua yang merayakannya akan sentiasa gembira untuk berkongsi perayaan itu bersama kaum lain di negara ini.
Beliau berkata demikian pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Chung Hwa pagi tadi.

Sementara itu, ahli Parlimen Tawau yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching yang turut berucap dalam majlis itu berkata, masyarakat tionghua perlu menjadikan perayaan tahun baru cina untuk menjadi medan memperkukuhkan perpaduan kaum. Ini penting dalam memastikan negara terus aman dan harmoni.

Disamping itu, beliau juga mengambil kesempatan menjemput seluruh rakyat di daerah ini tanpa mengira fahaman politik untuk datang ke Majlis rumah terbuka beliau yang akan diadakan pada 13 Januari ini yang akan diadakan di Dewan Sekolah Tinggi Cina, Tawau.

Sementara itu pada majlis berasingan, kedua-dua pemimpin tersebut turut meluangkan masa menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Sungai Buaya Batu 3 Apas.

Dalam kejadian kebakaran kira-kira jam 3.45 pagi kelmarin, 40 buah rumah di kampung tersebut musnah dijilat api.-SayangSabah

Tawfiq memberi Angpau kepada warga emas
Tawfiq memberi Angpau kepada warga emas

Komen


Berita Berkaitan