Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lebih 200 kanak-kanak sertai perkhemahan SDA wilayah 8

Sebahagian peserta bergambar bersama barisan ahli jawatankuasa.

KIULU: Hujan lebat tidak menghalang lebih 200 kanak-kanak dan ibu bapa menyertai perkhemahan anjuran Seventh-Day Adventist (SDA) Wilayah 8 yang berakhir disini pada Ahad.

Pengerusi penganjur, Juripah Zero berkata, perkhemahan itu bertujuan untuk memupuk anak-anak untuk belajar hidup berdikari di bawah pemantauan ibu bapa dalam usaha membina akhlak dan jati diri yang utuh di peringkat awal usia lagi.

“Dalam masa yang sama, kita menekankan aspek kerohanian sebagai perkara utama yang perlu bertumbuh seiring dengan pertumbuhan anak-anak agar kelak mampu menjadi masyarakat yang boleh menyumbang kepada keharmonian dan pembangunan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penutupan perkhemahan bertempat di RS Kamandus View.

Juripah berkata, sambutan yang diterima sangat memberangsangkan dengan menyaksikan penyertaan kanak-kanak dari seawal umur tiga tahun.

“Kita merancang untuk mengadakan beberapa program seumpama ini pada masa akan datang khususnya pada musim cuti sekolah,” tambahnya.

Program tiga hari itu menyaksikan kanak-kanak dari sekitar Mantob, Kiulu, Malangang Baru dan Tamparuli diajar menyanyi, latihan dalam kumpulan, sukaneka dan asas-asas ilmu berkaitan kehidupan.

Dalam pada itu, ibu bapa yang ditemui memuji usaha gereja SDA atas penganjuran program berkenaan.

Salbinous Saribun memaklumkan, beliau menghantar anak menyertai program itu kerana mahukan anak sulungnya terdedah dengan pengalaman hidup berdikari.

“Saya melihat anak saya begitu gembira sepanjang mengikuti perkemahan ini.

“Banyak benda baru dia belajar termasuk berkenalan dengan ramai sahabat baru,” ujar bapa kepada salah seorang peserta berumur enam tahun.

Mimi Balantis yang turut senada dengan Salbinous menyifatkan perkhemahan itu sangat tepat dalam membentuk keutuhan kendiri dalam kalangan kanak-kanak.

“Saya bersedia untuk menghantar anak-anak saya sekiranya program seumpama ini dianjurkan lagi pada masa akan datang,” katanya.

Majlis perasmian penutupan disempurnakan Pengarah Pelayanan Kanak-kanak SDA Mission Sabah, Rozelene Gulon.

Hadir sama pada program itu ialah para pastor yang juga penasihat program iaitu Nelver Sikul, Wilter G. Asin, Wizzie Lontuni dan Kozani Malim serta seluruh barisan ahli jawatankuasa pelaksana./SayangSabah

Antara ibu bapa yang hadir. Turut kelihatan Juripah (tepi kanan) dan Mimi (dua kanan).

Komen


Berita Berkaitan