Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lebih 20 Rumah Musnah Kebakaran Di Kampung Pukat, Tawau

5:34pm 29/07/2016 Pak Roshan 1523 views Berita Pilihan,Mutakhir,Tawau,Tempatan

kebakaran

TAWAU : Lebih 20 buah rumah di Kampung Pukat, Tanjung Batu Laut dekat sini, musnah dalam kebakaran hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Tawau, Ismaidi Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.05 petang, dan 30 anggota dengan tiga jentera serta dua lori tangki air telah dikerahkan ke tempat kejadian.

“Api marak dengan cepat memandangkan rumah diperbuat daripada kayu, namun kami dapat mengawal api daripada merebak ke kawasan lain pada 2.15 petang,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih disiasat, katanya.

Dalam pada itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu Datuk Hamisa Samat, yang ditemui di tempat kejadian, meminta Sabah Electricity Sdn Bhd melakukan pemeriksaan terhadap kawasan setinggan bagi memastikan tiada penyambungan elektrik secara haram yang sering kali menjadi punca kebakaran.

— BERNAMAkebakaran

kebakaran

kebakaran kebakaran

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan