Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lebih 2 ribu sertai Malam Gema Selawat 2016

11:19pm 31/01/2016 Leolerry Lajius 53 views Tempatan
Datuk Ariffin (Empat dari kanan) bersama jemputan dan umat yang hadir pada majlis tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin.

Datuk Ariffin (Empat dari kanan) bersama jemputan dan umat yang hadir pada majlis tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin.

KOTA KINABALU: Lebih dua ribu orang memeriahkan  Malam Gema Selawat tahun 2016 yang diadakan di Dewan Saadah Wisma Muis.

Majlis ini dianjurkan oleh  Kerajaan Negeri Sabah, Majlis Ugama Islam Sabah dan  Perbadanan Baitulmal  Negeri Sabah dengan kerjasama badan-badan  kerajaan, NGO dan syarikat tempatan yang terlibat.

Tausiyyah istimewa dibawakan oleh pemimpin Majlis Ta’alim Darul Murtadza guru mulia Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, dan turut diisi dengan alunan selawat dari kumpulan Al Mawlid diiringi oleh alunan hadrah dari kumpulan Qasidatul Haddad.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Hj. Mohd. Arifin bin Hj. Mohd. Arif, Menteri Belia dan Sukan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Mufti Negeri Sabah Uztaz Bungsu Aziz Jaafar. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Suasana ketika alunan selawat dari Kumpulan Al Mawlid.-Gambar Oleh Alex Mairin

Suasana ketika alunan selawat dari Kumpulan Al Mawlid.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan