Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lebih 18 ribu PTI ditangkap sepanjang tahun 2015

4:29pm 29/01/2016 Leolerry Lajius 1013 views Jenayah,Tempatan
Musa (Tengah) ketika sidang media tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Musa (Tengah) ketika sidang media tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Seramai 18, 874 Pendatang Tanpa Izin yang yang telah ditangkap pada tahun lalu dan seramai 27,769 yang telah diusir keluar serta seramai 236 orang yang dihalang dari memasuki Sabah kerana tidak memenuhi syarat-syarat kemasukan yang terdapat dalam peraturan yang ditetapkan.

Menurut Pengarah Imigresen Sabah Musa bin Sulaiman, data tersebut merupakan daftar yang telah dicatatkan sepanjang tahun lalu berdasarkan operasi yang telah dilakukan sepanjang tahun itu.

Menurut beliau lagi pada tahun ini, masa operasi pos kawalan sempadan imigresen Sindumin Sabah dan Merapok Sarawak juga akan dilanjutkan dari waktu operasi sebelum ini dari 6.00 pagi hingga 10.00 malam kepada 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam dengan tambahan masa selama dua jam.

“Lanjutan masa masa operasi yang akan berkuatkuasa pada 1 Februari akan datang, merupakan usaha berterusan Jabatan untuk meningkatkan perkhidmatan kepada warganegara Malaysia dan pelawat yang melalui pos kawalan ini,”katanya ketika sidang media di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan pagi tadi.

Musa juga berkata bahawa usaha meningkatkan tahap keselamatan di pintu-pintu masuk negeri Sabah akan dilaksanakan dan jabatan tidak akan teragak-agak untuk menghalang kemasukan pelawat yang mengancam keselamatan atau menggugat keharmonian negeri ini.

Beliau juga berkata bahawa sepanjang tahun 2015 permohonan passport antarabangsa Malaysia telah meningkat berikutan penurunan harga dari RM300.00 kepada RM200.00 serta peningkatan kemudahan perkhidmatan yang disediakan.

“Bagi tahun 2015, sebanyak 125, 838 Pasport Antarabangsa Malaysia telah dikeluarkan melalui pejabat imigresen negeri Sabah berbanding 120, 063 sepanjang tahun 2014,”katanya. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan