Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lebih 15,000 peserta dijangka menyertai larian 7K

Gerard Tan (tengah) merakamkan gambar bersama komiti yang terlibat dalam larian 7K- foto Jimmy Tan / SayangSabah
Gerard Tan (tengah) merakamkan gambar bersama komiti yang terlibat dalam larian 7K- foto Jimmy Tan / SayangSabah
KOTA KINABALU- Lebih 15,000 jumlah peserta dijangka akan menyertai  acara larian amal 7K Sutera Harbour kali ke-15 yang merupakan larian amal terbesar di Sabah yang akan diadakan pada 29 Ogos ini.
Justeru, orang ramai yang berminat menyertai larian berkenaan boleh mendaftar di kaunter pendaftaran 7K bertempat di lobi Sutera Harbour Marina dan Country Club atau di tujuh ‘booth’ 7K yang disediakan di sekitar Kota Kinabalu termasuklah City Mall, Centre Point Sabah, Wisma Merdeka, Suria Sabah dan Pasar tamu di Jalan Gaya.
Yuran pendaftaran adalah RM30 bagi peserta dewasa manakala RM20 bagi peserta pelajar atau kanak-kanak dan pendaftaran secara berkumpulan iaitu minimum 20 orang dalam kumpulan akan dikenakan yuran penyertaan RM27 seorang.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sutera Harbour Resort, Gerard Tan berkata larian itu akan dimulakan dengan acara Zumba pada jam 4 petang dan larian akan bermula pada jam 5.17.
“Larian amal ini ini semua peserta adalah pemenang tetapi mereka yang menamatkan larian selama 77 minit akan berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah yang disediakan,” katanya ketika bercakap kepada pemberita, di sini hari ini.
Menurutnya, semua hasil bersih kutipan dana yang diperolehi daripada acara ini akan didermakan kepada 7K Benefisiari.
Larian amal berkenaan juga mendapat sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Negeri Sabah.
Antara organisasi yang terlibat memberi sumbangan dalam larian amal itu termasuklah One XOX Sdn Bhd, Parexgroup Sdn Bhd, Sounds Tech Production and SHAPE, 100 Plus, Red Bull dan beberapa stesen radio tempatan.
Maklumat lanjut mengenai larian amal ini boleh berhubung dengan Cornelia Tahing di talian 7K +6088 303473 atau melayari laman media sosial di facebook.com/suteraharbour.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan