Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lebih 1,500 Pencari Kerja Hadir Temu Duga Terbuka SL1M Di Labuan

6:55pm 16/04/2016 Pak Roshan 41 views Mutakhir,Tempatan,WP. Labuan

SL1M staff

LABUAN : Lebih daripada 1,500 siswazah menganggur dan lepasan sekolah hadir ke siri kedua program temu duga terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang menawarkan 2,365 peluang pekerjaan, di sini hari ini.

Sebanyak 22 agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta dari Semenanjung dan Labuan menawarkan jawatan tetap dan latihan dengan 60 peratus pekerjaan terdapat di Kuala Lumpur dan pulau bebas cukai ini.

Antara organisasi yang menyertai program itu ialah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan dan Khazanah Nasional.

Syukri Ismail dan Awang Ali Hassan dari Membakut, Sabah berkata mereka menggunakan pengangkutan air dari Menumbok ke Labuan untuk menghadiri temu duga terbuka itu.

Program itu sangat bagus sebagai platform untuk siswazah menganggur mendapatkan pekerjaan, kata mereka ketika ditemui pada program yang dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Normala Othman, seorang siswazah dari Sandakan, Sabah berkata beliau ditemani ibunya menghadiri temu duga itu.

“Saya dan ibu menaiki bas ke Kota Kinabalu kira-kira empat jam perjalanan, kemudian menggunakan bot laju untuk sampai ke Labuan bagi menghadiri temu duga SL1M ini. Kami perlu bermalam di sini sebelum pulang ke Sandakan esok,” katanya.

Pekerjaan yang ditawarkan dalam sesi itu memerlukan kelayakan akademik minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ijazah dari universiti diiktiraf.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan