Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lebih 150 peserta menjayakan Jambori Mountain Bike

10:35pm 06/11/2016 Leolerry Lajius 65 views Sukan,Tempatan
Joh Wid menyampaikan hadiah kepada pemenang kategori lelaki terbuka.

Joh Wid menyampaikan hadiah kepada pemenang kategori lelaki terbuka.

KOTA KINABALU : Lebih 150 peserta membabitkan tujuh buah bahagian di seluruh Sabah menjayakan Jambori Mountain Bike (MTB) Pesta Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan Sabah (PSKPPS) edisi pertama 2016.
Program yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Kebagu Manggatal itu dianjurkan oleh Unit Sukan Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Kinabalu dengan kerjasama Kelab Peminat Basikal Sabah (KPBS); Kelab Sukan Berbasikal Sulaman Tuaran (GSB) dan Darau Cycling Team (DCT).
Sebanyak tiga kategori dipertandingkan antaranya Lelaki Terbuka; Lelaki Veteran dan Wanita Terbuka membabitkan kayuhan sejauh 30 kilometer.
Pegawai Unit Sukan Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPNS Muhamad Zaineh Jali berkata, pelaksanaan edisi kali pertama itu ada sebagai pengenalan kepada penganjuran sepenuhnya tahun depan yang akan berlangsung di bahagian Selatan di daerah Beaufort.
“Meskipun PSKPPS sudah dilaksanakan begitu lama namun pada tahun ini kami memperkenalkan sukan berbasikal yang begitu diminati ramai termasuklah kakitangan JPNS dan guru sekolah.
“Pada tahun ini, kiraan pemenang adalah secara individu dan tidak dikira mengikut mata namun pada tahun depan ia akan dilaksanakan sepenuhnya,”katanya ketika ditemui pada program itu di sini, semalam.
Terdahulu, majlis pelepasan peserta dan penyampaian hadiah disempurnakan Setiausaha Politik Kementerian Kewangan Sabah Mohd Joh Wid.
Hadir sama, Penolong Pengarah Kanan Unit Sukan Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPNS Zainal Madi dan Pegawai Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Kota Kinabalu Masdi Mus.

Muhamad Zaineh berkata, semua peserta yang menyertai terpaksa melalui 80 peratus laluan berturap manakala selebihnya adalah laluan berlumpur.
“Kami memilih laluan disini kerana kurangnya kenderaan selain dapat mengurangkan kesesakan dikawasan Bandar.
“Namun pihak penganjur juga ingin memohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan sepanjang penganjuran edisi pertama kali ini,”katanya.
Sementara itu, pemenang bagi kategori wanita terbuka di menangi Alesia Suraya (Johan) yang mewakili ibu pejabat JPNS, Chong Kong Ling (Utara) dan Aton Kuintin (Utara).
Bagi kategori lelaki veteran pula dimenangi Rosland Salleh Johan yang mewakili bahagian Selatan; Roslee Uloi (Tenggara) dan Ahmadait Dullah (Utara).
Kategori Lelaki Terbuka dimenangi Frisco Daniel (Johan-Utara); Ignatius Ranggang (Selatan) dan Muhammad Ishak Noor Muhammad (Pedalaman).
Tujuh bahagian bertanding ialah Ibu pejabat JPNS; Bahagian Barat (Kota Kinabalu,Tuaran, Ranau, Penampang) ; Utara (Kota Belud,Kudat, Kota Marudu,Pitas);Selatan (Papar,Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu); Pedalaman (Keningau, Tambunan, Tenom, Nabawan); Tenggara (Tawau, Semporna, Lahad Datu);Sandakan (Sandakan,Kinabatangan, Telupid,Kunak)./SayangSabah

Joh Wid menyampaikan hadiah kepada pemenang kategori wanita terbuka.

Joh Wid menyampaikan hadiah kepada pemenang kategori wanita terbuka.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan