Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lebih 15 ribu meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2016

Tun Juhar memeriksa barisan kawalan hormat sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah.
Tun Juhar memeriksa barisan kawalan hormat sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah.

KOTA KINABALU: Seramai lebih 15 ribu orang hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2016 yang berlangsung di Dataran Bandaraya Kota Kinabalu, hari ini.

Acara tersebut turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni serta Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Kontinjen dari Kasazan Society Sabah (KSS) yang mengambil bahagian dalam perbarisan berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin
Kontinjen dari Kasazan Society Sabah (KSS) yang mengambil bahagian dalam perbarisan berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Selain masyarakat tempatan, sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri ini, turut dihadiri pelancong asing yang tidak mahu ketinggalan menyaksikan acara menarik sempena sambutan ini seperti perbarisan oleh 175 kontinjen, koir serta persembahan khas dari Jabatan Kebudayaan Negeri Sabah.

Sementara itu bagi pertandingan perbarisan, pemenang bagi kategori Jabatan kerajaan berpakaian seragam dimenangi oleh Jabatan Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, kategori jabatan kerajaan tidak berpakaian seragam disandang oleh Jabatan Air Negeri Sabah, persatuan etnik Sabah dimenangi oleh Bajau Samah Sabah, pertubuhan bukan kerajaan dimenangi oleh Kelab 1Malaysia Jabatan Penerangan.

Kontinjen berbasikal yang mengambil bahagian dalam perbarisan berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin
Kontinjen berbasikal yang mengambil bahagian dalam perbarisan berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Bagi kategori institusi pengajian tinggi awam dan swasta dimenangi oleh Komando kstaria UITM, kategori swasta komersial dimenangi oleh Sabah Electricity Sdn.Bhd, Kategori Sekolah rendah dimenangi oleh SK Seri Gaya dan bagi kategori sekolah menengah dimenangi oleh SMK Badin PKBM Darat.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Antara kontinjen yang mengambil bahagian dalam perbarisan.-Gambar Oleh Alex Mairin
Antara kontinjen yang mengambil bahagian dalam perbarisan.-Gambar Oleh Alex Mairin
Kontinjen pasukan keselamatan yang mengambil bahagian dalam perbarisan.-Gambar Oleh Alex Mairin
Kontinjen pasukan keselamatan yang mengambil bahagian dalam perbarisan.-Gambar Oleh Alex Mairin
2016_0831_09493100
Penerbangan lintas hormat.-Gambar Oleh Alex Mairin
Antara kontinjen yang mengambil bahagian dalam perbarisan.-Gambar Oleh Alex Mairin
Antara kontinjen yang mengambil bahagian dalam perbarisan.-Gambar Oleh Alex Mairin
Antara kontinjen yang mengambil bahagian dalam perbarisan.-Gambar Oleh Alex Mairin
Antara kontinjen yang mengambil bahagian dalam perbarisan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan