Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lebih 134,000 PATI daftar pulang negara asal

7:46pm 11/11/2015 Pak Roshan 224 views Mutakhir,Nasional

OPS IMIGRESEN DI CAMERON HIGHLANDS

PUTRAJAYA – Seramai 134,804 pendatang asing tanpa izin (PATI) mendaftar untuk pulang ke negara asal secara sukarela melalui Program Serah Diri Secara Sukarela 3 1 sejak Januari tahun ini sehingga semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafa Ibrahim berkata, dalam tempoh yang sama, seramai 211,711 PATI telah diusir ke negara asal dan daripada jumlah itu, 76,967 adalah pendatang yang ditahan di depot tahanan.

Menyifatkan program 3 1 itu mendapat sambutan PATI, Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini berkata : “Saya harap lebih ramai majikan dan PATI menyertai program 3 1 ini kerana ia tidak melibatkan sebarang kos kepada kerajaan.”

Menurut Mustafa, Op Ikrar yang dilancarkan Jabatan Imigresen sejak Januari lalu telah melakukan 219,558 operasi di seluruh negara dan sepanjang tempoh itu 219,558 warga asing diperiksa.

“Daripada jumlah itu, seramai 50,129 PATI dan 656 majikan telah ditahan, manakala 28 sindiket berjaya ditumpaskan,” katanya. – Bernama

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1111&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_09.htm#ixzz3rBNy7JPl
Hakcipta terpelihara

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan