Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lebih 13,000 premis perniagaan di Sabah sudah daftar GST

Pengarah JKDM, Datuk Dr. Janatan Kandok.
Pengarah JKDM, Datuk Dr. Janatan Kandok.

KOTA KINABALU – Lebih 13,000 premis perniagaan di negeri ini telah mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi melaksana sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan mula dikuatkuasakan pada 1 April 2015.

Pengarah JKDM Negeri, Datuk Dr. Janatan Kandok berkata, angka tersebut telah melepasi sasaran awal pihak kastam iaitu sebanyak 12,000 premis perniagaan yang mendaftar di jabatan tersebut sebelum 31 Disember ini.

“Jumlah itu direkodkan setakat minggu ini dan angka itu melebih 1,000 daripada sasaran awal kami. Justeru, kastam menjangkakan lebih banyak lagi pemilik premis yang akan mendaftar sebelum hujung tahun ini,” katanya kepada SayangSabah.

Bagi memastikan rakyat di negeri ini mudah mendapat maklumat serta  memahami isu GST, Janatan berkata, pihaknya akan mengeluarkan garis panduan berkaitan GST di setiap premis perniagaan pada Januari atau Februari tahun depan.

“Kami juga akan mengambil kira cadangan untuk meletakkan pelekat atau poster di kaunter pembayaran di premis perniagaan. Orang ramai boleh melihat jenis barangan dan perkhidmatan yang ada GST. Ia bagi memastikan pengguna lebih jelas dan faham bukan semua barang dikenakan GST,” ujarnya.

Beliau menambah, pada tahun ini sahaja kastam telah mengadakan 40 ceramah di kawasan Parlimen di Sabah bertujuan memberi penerangan kepada pengguna mengenai makna GST dan objektif kerajaan memperkenalkan sistem itu pada tahun depan.

Jelas beliau lagi, pengguna seharusnya merujuk kepada pihak kastam bagi mendapatkan info berkaitan GST, bukannya menerusi `orang-orang tertentu’ terutama dalam laman sosial yang tidak pasti kebenarannya.

“Ini kerana timbul banyak persoalan daripada orang ramai yang masih keliru dengan pelaksanaan GST sebab mereka tidak faham. Jadi, apabila tidak faham, akan wujud persepsi negatif . Perlu diingat bahawa kastam adalah agensi pemungut cukai.

“Apa yang kami lakukan ialah memberi kesedaran dan pemahaman bahawa cukai perkhidmatan dan jualan yang kini digantikan dengan GST akan dialirkan oleh kerajaan untuk membiayai pembangunan sosio ekonomi termasuk menyediakan infrastruktur, pendidikan, penjagaan kesihatan, kebajikan dan keselamatan negara.

“Oleh itu, saya menasihati orang ramai khususnya pengguna supaya mengajukan soalan kepada kastam atau lebih mudah rujuk ke laman web  http://www.customs.gov.my/ untuk maklumat lanjut,” jelas beliau lagi. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan