Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lebih 130 Ribu penduduk dapat manfaat enam pusat 1Malaysia

Salleh (tengah) bersama Azizah (tiga dari kanan), Mohd Shaid (empat dari kiri) memyempurnakan gimik perasmian majlis.

Beaufort : Lebih 130 ribu penduduk di Daerah Beaufort dan Kuala Penyu bakal mendapat manfaat daripada enam Pusat Internet 1Malaysia.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak berkata setakat ini beliau meluluskan tiga pusat internet iaitu di Kg Limbawang, Kg Padas dan Kg Kota Klias, sementara tiga lagi akan dibina di Kuala Penyu.

“Kemudahan internet kini bukan sahaja menjadi keperluan setiap anggota masyarakat untuk mendapatkan maklumat di hujung jari, tetapi juga sebagai medium meningkatkan pendapatan.

“Ia boleh dijadikan pusat e-usahawan dan e-rezeki yang kini menjadi agenda utama kerajaan bagi mewujudkan ekonomi digital.

“Pusat itu nanti juga akan digunakan untuk melatih anak-anak kita yang memerlukan kemahiran serta mendapatkan maklumat mengenai
peluang dalam pendidikan, peluang ekonomi serta peluang pekerjaan,” ujarnya.

Bagi meningkatkan prasarana internet, Salleh turut menggesa Pejabat Daerah berbincang dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi Mesyuarat Tindakan Daerah bagi menentukan jumlah menara telekomunikasi yang diperlukan.

“Kementerian ini dipertanggungjawabkan menyediakan fasiliti agar 95 peratus di negara ini ditembusi jalur lebar menjelang tahun 2020, tetapi itu tidak cukup kerana selain internet kita juga memerlukan kelajuan.

“Justeru, pegawai daerah perlu merancang keseluruhan pembangunan prasarana internet dan menentukan berapa jumlah menara telekomunikasi yang diperlukan untuk kita mencapai kelajuan yang sepatutnya.

“Kemudahan internet ini bukan sahaja untuk masyarakat di bandar tetapi masyarakat di pedalaman seperti di Beaufort, Sipitang dan Sindumin harus menikmati kemudahan ini,” jelasnya.

Beliau mengumumkan demikian ketika berucap merasmikan Karnival Memperkasakan Wanita di Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir, pada Sabtu.

Salleh turut memuji penglibatan lebih 800 usahawan wanita Parlimen Beaufort di bawah pelbagai agensi seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Majlis Amanah Raya Malaysia (MARA) dan Yayasan Usahawan Maju (YUM) Sabah, usahawan persendirian dan berkumpulan dalam karnival berkenaan.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun, Ketua Umno Bahagian, Datuk Isnin Aliasnih, Pegawai Daerah, Mohd Shaid Othman./Penerangan-

Salleh (tengah, depan) merakamkan gambar kenangan bersama para pemimpin serta para usahawan wanita di Parlimen Beaufort.

Komen


Berita Berkaitan