Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lebih 10ribu orang dianggar meriahkan Hari Kebangsaan 31 Ogos di Dataran Bandaraya

Peter (duduk tengah) merakamkan gambar kenangan bersama ahli media pada majlis berkenaan bersama-sama dengan Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Abdul Muis Picho (duduk tiga kanan) dan Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Jenifer Lasimbang (duduk dua kiri). -Gambar SNT/Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah menyasarkan kira-kira lebih daripada 10,000 pengunjung bagi memeriahkan acara di Dataran Bandaraya pada 31 Ogos kelak.

Pengerusi Sambutan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah dan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2018 Datuk Peter Anthony berkata, selain orang awam, penglibatan pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), kementerian-kementerian persekutuan dan negeri serta Institut Pendidikan Tinggi (IPT) bakal bersama-sama menghadiri acara bersejarah berkenaan.

“Selain perbarisan daripada pasukan keselamatan, agensi-agensi kerajaan, IPT, tahun ini kita akan menjemput juga persatuan-persatuan etnik dari seluruh sabah.

“Sebanyak kira-kira 25 kontinjen daerah akan berarak dari Sutera Harbour ke Dataran Bandaraya,” katanya pada Majlis Hi-tea Bersama Media Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2018 di sini hari ini.

Peter yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur berkata, acara yang akan bermula seawal jam 6 pagi itu akan menyaksikan pelbagai program dan pengisian menarik sepanjang sambutan berlangsung.

“Ada acara yang bersifat moden, bermotifkan sejarah malah terdapat pengisian yang mengajak kita semua untuk membayangkan masa depan Malaysia yang lebih baik.

“Kami yakin kesemua pengisian ini dijangka akan dapat menarik minat masyarakat dari pelbagai lapisan usia dan latar belakang.

“Malah, kami menyasarkan agar sambutan ini menjadi satu tarikan yang akan mengundang kehadiran ramai ahli masyarakat pelbagai kaum, bangsa dan agama,” jelasnya.

Tambahnya, pada sambutan berkenaan, masyarakat akan menikmati perkhidmatan tambang bas percuma sekitar bandaraya Kota Kinabalu untuk menyaksikan program berkenaan.

Selain itu, menurutnya, makanan percuma juga disediakan kepada yang hadir ke acara itu. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan