Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,798

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lebih 10,000 Warga Tawau Sertai Larian Jalur Gemilang

11:37am 06/08/2016 Pak Roshan 380 views Berita Pilihan,Mutakhir,Tawau,Tempatan

tawau

TAWAU : Lebih 10,000 warga Tawau daripada pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur menyertai Larian Jalur Gemilang, yang diadakan sempena Hari Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat kebangsaan 2016, di sini hari ini.

Larian sejauh 5 kilometer yang bermula dan berakhir di perkarangan bangunan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) itu dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Sabah dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Acara pelepasan larian disempurnakan Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Turut hadir Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Dr Sharifah Zahra Syed Ahmad dan Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

Sebelum acara pelepasan dibuat, semua peserta dan tetamu jemputan bersama-sama melakukan aktiviti senamrobik kira-kira 15 minit.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Tawfiq berkata sambutan dan sokongan warga Tawau cukup hebat apabila kehadiran peserta untuk menyertai larian adalah di luar jangkaan, sedangkan sasaran awal hanya 5,000 orang.

“Sambutan cukup hebat, lebih 10,000 warga Tawau hadir menyertai Larian Jalur Gemilang ini sebagai memanifestasikan cinta mereka kepada negara,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, aktiviti larian adalah satu gaya hidup yang perlu diterapkan dalam kalangan warga Malaysia terutama generasi muda agar mereka sentiasa cergas, cerdas dan menjadi warga produktif untuk memastikan kelangsungan kemerdekaan dan kesejahteraan negara ini.

Sabah buat pertama kali dipilih menjadi tuan rumah hari pelancaran itu dan Tawau yang terletak kira-kira 555 kilometer dari Kota Kinabalu terpilih sebagai lokasi pelancaran yang dijadual berlangsung, malam ini.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan