Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lebih 10,000 setinggan aktif sambung elektrik haram dikenalpasti


sesb-tenom


KOTA KINABALU – Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) tidak pernah jemu menyuarakan masalah yang ditimbulkan oleh penduduk di penempatan setinggan yang berani membuat sambungan haram untuk mencuri elektrik.

Pelbagai inisiatif termasuk menjalankan ratusan operasi setiap tahun bagi membanteras kegiatan ini namun hasilnya masih tidak memadai.

Selain itu, SESB turut menghebahkan bahaya penyambungan elektrik haram melalui media massa dan elektronik secara berterusan.

“Peruntukan undang-undang sedia ada amat terhad dan isu-isu penguatkuasaan yang lain membataskan lagi tindakan berkesan yang boleh SESB ambil terhadap pelaku.

“Daripada statistik SESB sebanyak 111 buah penempatan atau lebih 10,000 rumah setinggan dikenalpasti secara aktif membuat sambungan haram untuk menikmati bekalan elektrik secara percuma. Penempatan-penempatan ini lebih tertumpu di daerah Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau,” kata SESB dalam kenyataan di sini hari ini.

Penyambungan elektrik secara haram dan tidak selamat oleh penghuni penempatan setinggan ini meningkatkan risiko keselamatan ataupun risiko terkena renjatan elektrik kepada pengguna lain.

Menurut kenyataan itu lagi, insiden seorang anggota kerja Jabatan Bomba dan Penyelamat di Sandakan yang maut terkena renjatan elektrik Isnin lalu bukanlah insiden pertama kerana pada 2011 tragedi malang yang sama turut menimpa seorang anggota polis di Tawau.

Tragedi malang ini perlu dijadikan iktibar tentang bahayanya sambungan elektrik haram yang masih berleluasa.

Justeru, pihak SESB sekali lagi berharap tindakan atau kata putus dapat segera diambil berkaitan kehadiran penempatan setinggan. – SayangSabah

 

 

Komen


Berita Berkaitan