Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lebih 1,000 hadir majlis pengebumian ibu Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom

5:05pm 04/10/2016 Elezebeth Esther Onjining 255 views Tempatan
Rubin Mohamad turut menzahirkan ucapan takziah kepada Jamawi semasa ziarah tersebut

Rubin Mohamad turut menzahirkan ucapan takziah kepada Jamawi semasa ziarah tersebut

TENOM: Lebih 1000 orang terdiri daripada ahli keluarga,  pemimpin, saudara mara dan rakan-rakan hadir bagi memberikan ucapan takziah dan  penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah  Rohaya Mantaya ibu kepada Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom  Jamawi Jaafar yang kembali ke rahmat Allah di  Gleneagles Specialist Clinic Kota Kinabalu, kelmarin.

Allahyarhamah dimasukkan ke pusat perubatan tersebut pada petang Ahad lalu dan meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang serta jangkitan paru paru. Jenazah Allahyarhamah dimandikan ,dikafankan dan seterusnya disembahyangkan di Masjid Negeri Sembulan Kota Kinabalu sebelum di bawa ke Tenom untuk dikebumikan di tanah Perkuburan Islam kampung Jawa Melalap Tenom.

Antara yang hadir menyampaikan ucapan takziah di kediaman Allahyarhamah di Kampung Jawa Sumbiling semalam termasuklah Ketua Umno bahagian Datuk Rubin Balang,Wakil Rakyat Bongawan Datuk Mohamad Haji Alamin, Bekas ahli Parlimen Tenom Datuk Rizalman Abdullah, Pengarah BTN Sabah Dato Armizan Ali, beberapa rakan rakan Ketua Pemuda Umno bahagian dan pemimpin pemimpin parti komponen BN

Jamawi yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno mewakili  ahli keluarganya turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang turut menzahirkan rasa simpati  menyampaikan ucapan takziah dan hadir di majlis pengebumian allahyarhamah.

“ Kami juga berterima kasih kepada sudara mara, rakan rakan seperjuangan pemimpin masyarakat tempatan dan pihak hospital yang banyak membantu merawat allahyarhamah semasa hayatnya” katanya.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan