Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

LEBIH 1,000 BAKAL PELAJAR UNIVERSITI TERIMA BANTUAN ONE-OFF KERAJAAN NEGERI

Mohd Shafie (tengah) bersama penerima Bantuan Pendidikan One-Off Yayasan Sabah di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha. – Gambar SNG / Ehsan JKM

KOTA KINABALU: Agihan bantuan One-Off kepada bakal penuntut institusi pengajian tinggi awam di negeri ini membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam mengutamakan tahap kecemerlangan pendidikan terus dipertingkatkan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, usaha itu penting ke arah melahirkan modal insan berkualiti yang mampu menyumbang kepada pembangunan negeri ini pada masa akan datang.

Menurutnya, bantuan One-Off itu merupakan satu langkah permulaan dan penajaan pendidikan anak-anak Sabah tersebut akan terus diperluaskan lagi agar lebih ramai yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Mohd Shafie (dua dari kiri) menyampaikan bantuan kepada seorang penerima dalam majlis pelancaran Bantuan Pendidikan One-Off Yayasan Sabah di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha. Turut kelihatan, Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri, Datuk Dr. Yusuf Yacob (dua dari kanan) dan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Jamalul Kiram Mohd Zakaria (kiri). – Gambar SNT / Ehsan JKM

“Saya berharap bantuan ini akan dapat mengurangkan beban ibu bapa dan para pelajar yang melanjutkan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Gunakan bantuan ini untuk menampung kos perbelanjaan awal di institusi pengajian tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena pelancaran Bantuan Pendidikan One-Off Yayasan Sabah di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha, di sini hari ini.

Lebih 1,000 penerima bantuan yang bakal melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam dalam dan luar menerima RM1,000 dan RM2,000 daripada kerajaan negeri.

Mohd Shafie berkata, kerajaan negeri menerusi Kumpulan Yayasan Sabah telah menyediakan dana RM10 juta sebagai bantuan pendidikan kepada anak-anak Sabah yang melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.

Selain itu katanya, kerajaan juga menumpukan usaha melengkapkan pembangunan pendidikan di Sabah secara menyeluruh khususnya dalam aspek infrastruktur, penyediaan kemudahan lengkap serta memperluaskan peluang pendidikan untuk rakyat. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan