Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lebih 1,000 atlet, pegawai berkampung di MRSM Sandakan

SANDAKAN: Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sandakan menjadi perkampungan rasmi Temasya Sukan Sabah (SAGA) VIII oleh lebih 1,000 atlet termasuk ketua kontinjen, pengiring dan pengurus.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Masiung Banah berkata, perkampungan sukan sememangnya menjadi kebiasaan setiap anjuran sukan sama ada di peringkat negeri, kebangsaan ataupun antarabangsa.

“Sepanjang berlangsungnya SAGA dari 9 sehingga 15 Disember ini, diharapkan para atlet sentiasa menjaga keharmonian dalam kalangan mereka bagi memastikan kejayaan sukan kali ini.

“Hal ini kerana objektif penganjuran sukan bukan sahaja untuk melahirkan generasi atlet yang berpotensi tetapi mewujudkan perpaduan yang tinggi dalam kalangan atlet.

“Oleh itu, peliharalah keharmonian antara satu sama lain, elakkan sengketa, caci-mencaci, fitnah-memfitnah sebaliknya sayang menyayangi antara satu sama lain tetapi dalam gelanggang kita tetap lawan antara satu sama lain,” katanya semasa Majlis Perasmian Perkampungan SAGA VIII di sini, pagi tadi.

Beliau mengharapkan agar perkampungan SAGA ini menjadi manifestasi perpaduan seterusnya dapat mengukuhkan hubungan akrab antara para pelaksana bersama dengan setiap kontinjen di seluruh Sabah.

Terdahulu, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Datuk Ir James Wong berkata, pihaknya sentiasa memberikan kemudahan yang terbaik bagi memastikan penganjuran sukan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

“Maka dengan itu, salah satu perkara yang turut menjadi keutamaan adalah penyediaan pusat penginapan di sembilan buah pusat di Sandakan.

“Atas bantuan bersama pihak Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan dan pelbagai agensi serta jabatan, kita berjaya memberikan kemudahan penginapan kepada lebih 5,000 daripada jumlah atlet, jurulatih dan pengurus daripada 26 daerah di Sabah,” jelas beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana SAGA.

Tambah James, penganjuran sukan sebegini dapat meningkatkan ekonomi setempat berasaskan industri pelancongan sukan yang membawa impak positif di sesebuah daerah

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Karamunting, Datuk Charles O Pang; Setiausaha Tetap KBS, Datuk Awang Damit Ag Anak; Pengetua MRSM Sandakan, Mohd Rizalman Dahaman, Pengurus Besar Lembaga Sukan Sabah, Datuk Penyuki Matta dan Pengarah Majlis Sukan Negeri, Terrance Edward Pudin./PENERANGAN-

Para tetamu kehormat merakam kenangan bersama dengan para atlet yang berkampung di MRSM Sandakan.

Komen


Berita Berkaitan