Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lebih 100 ribu ekar tanah diluluskan di bawah Geran Komunal

1:53pm 10/08/2016 Leolerry Lajius 434 views Laporan Sidang DUN,Mutakhir,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
(Dari kiri) Yahya, Timabalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan dan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman.-Gambar Oleh Alex Mairin

(Dari kiri) Yahya, Timabalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan dan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU:  Sejak tahun 2009 dan sehingga kini lebih 100 ribu ekar tanah telah diluluskan di bawah Geran Komunal yang melibatkan ribuan pemohon.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman berkata, tujuan pengeluaran Geran Komunal ini adalah sebagai salah satu usaha untuk membolehkan penduduk yang tidak mempunyai tanah memiliki tanah mereka sendiri.

“Geran Komunal ini adalah sebagai langkah untuk membolehkan penduduk memiliki tanah untuk mereka usahakan.”

“Bagi penduduk yang tinggal di kawasan tanah kerajaan yang telah diberikan Geran Komunal, saya juga telah mengarahkan Jabatan Tanah dan Ukur agar mengutamakan penduduk yang tinggal di kawasan berkenaan bagi tujuan penyerahan geran,”katanya.

Musa turut menyatakan bahawa, penduduk yang telah mendapat geran ini tidak dibolehkan untuk menjual tanah berkenaan namun boleh dibangunkan dan diusahakan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Tamparuli Datuk Seri Panglima Wilfred M. Bumburing, sempena persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah(DUN)  mesyuarat kedua penggal keempat di DUN Sabah yang ke-14, di sini, hari ini.

Sementara itu menjawab soalan sama yang dikemukakan oleh ADUN Kuala Penyu Limus Bin Jury, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ellron Alfred Angin berkata, sehinga kini sebanyak 69 geran komunal telah dikeluarkan yang mengandungi keluasan keseluruhan 116,590.85 ekar yang melibatkan seramai 10,231 orang benefisiari dan sebanyak 210 buah kampung di 12 buah daerah.

“Manakala, sebanyak lima  Iagi kawasan melibatkan empat  daerah iaitu Papar, Tongod, Beluran dan Kota Belud dengan jumlah keluasan 3,725 ekar melibatkan 441 orang benefisiari, telah mendapat kelulusan daripada Kerajaan Negeri dan sedang dalam proses penyediaan geran oleh Jabatan Tanah dan Ukur. “

“Selain itu, sebanyak empat belas kawasan Iagi dengan jumlah keluasan 24,284.39 ekar yang melibatkan 2,729 orang benefisiari sedang dalam proses kelulusan Kerajaan Negeri dan satu  Iagi kawasan di Kampung Layon Daerah Nabawan sedang dalam perancangan untuk dikeluarkan geran komunal dengan anggaran keluasan 3,500 ekar,”katanya.

Tambah beliau bagi memastikan pemberian geran ini diberikan kepada penduduk yang layak, pemimpin kampung akan dipanggil bagi menapis pemberian tanah ini daripada diberikan kepada individu bukan warganegara.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan