Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lebih 10 ribu orang meriahkan konsert ERA sayang Sabah

5:12pm 12/12/2015 Leolerry Lajius 34 views Hiburan,Tempatan
Suasana penonton yang menggunakan payung dalam cuaca yang hujan pada konsert tersebut.-Gambar Oleh Jimmy Tan

Suasana penonton yang menggunakan payung dalam cuaca yang hujan pada konsert tersebut.-Gambar Oleh Jimmy Tan

KOTA KINABALU: Lebih 10,000 orang yang datang memeriahkan konsert ERA sayang Sabah yang diadakan di tempat letak kereta Kompleks Sukan Likas semalam.

Keadaan cuaca yang hujan tidak menghalang para penonton untuk terus mengikuti konsert tersebut sehingga selesai.

Sorakan penonton bertambah meriah Kumpulan penari Jeseselton Raw membuka tirai pentas dengan tarian moden yang dipersembahkan dengan penuh tenaga.

Kemunculan pengacara ERA fm bagi siaran sarapan nombor satu negara iaitu JOHARA pagi ERA yang dikendalikan oleh Johan, Haniff dan Ray menambah lagi kemeriahan suasana konsert itu walaupun cuaca hujan.

Antara penonton yang hadir pada malam tersebut.-Gambar Oleh Jimmy Tan

Antara penonton yang hadir pada malam tersebut.-Gambar Oleh Jimmy Tan

Persembahan seterusnya disusuli oleh Aegy yang membawakan tiga buah lagu dan The Ariez yang mempersembahkan dua buah lagu.

Lagu ‘jangan-jangan’ dan ‘bang bang’ dari Wani Kayrie menambah lagi kemeriahan pada malam itu dengan suara yang cukup bertenaga.

Persembahan dari penyanyi tanah air yang menjadi kegilaan ramai iaitu Black dan RJ dengan membawakan empat buah lagu menjadikan penonton semakin teruja dan tidak melepaskan peluang dengan menyanyi bersama-sama dengan artis tersebut.

Suasana dimeriahkan lagi dengam persembahan penyanyi tempatan Sabah iaitu Jonathan Tse yang berkolaborasi dengan Altimet dengan membawakan lagu baru mereka yang bertajuk ‘Apa Macam’ dan disusuli dengan persembahan dari Altimet dengan lagunya ‘Kalau Aku Kaya’.

Konsert tersebut dimeriahkan lagi dengan persembahan dari Mojo dengan membawakan tiga buah lagu dan disusuli oleh Akim and The Majistret yang mempersembahkan lima buah lagu.

Lagu ‘Gilalah’ dan ‘Not For Sale’ dari Stacy menambahkan kemeriahan suasana konsert tersebut yang semakin hampir di penghujungnya.

Penonton mulai bersorak seakan-akan histeria apabila penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘katakan tidak’ iaitu Afgan tampil ke atas pentas bagi persembahan yang terakhir pada malam tersebut. Lima buah lagu yang dibawakan leh Afgan seakan-akan tidak cukup memuaskan bagi para penonton yang tidak henti-henti bersorak sepanjang Afgan berada di atas pentas.

Konsert ini merupakan salah satu tanda penghargaan dari pihak ERA fm kepada pendengar yang sentiasa memberikan sokongan kepada stesen radio ERA. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Persembahan daripada Afgan.-Gambar Oleh Jimmy Tan

Persembahan daripada Afgan.-Gambar Oleh Jimmy Tan

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan