Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lebih 10 ribu buah rumah telah dibina di bawah PBR

Radin Malleh. - foto Ille Tugimin
Radin Malleh. – foto Ille Tugimin

KOTA KINABALU: Sejak tahun 2010 sehingga tahun 2016, Negeri Sabah mendapat sejumlah 11,275 buah rumah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR)  yang telah dilaksanakan oleh pejabat-pejabat daerah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Majlis Perbandaran Sandakan serta Tawau.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Radin Malleh berkata, pembinaan ini tidak termasuk jumlah rumah baik pulih yang mendapat peruntukan yang disalurkan terus ke agensi-agensi kerajaan yang lain.

“Pada tahun ini pula, Negeri Sabah telah diperuntukkan sebanyak 1,026 buah rumah PBR yang bernilai RM51.3 juta dan 2,850 buah projek baik pulih bernilai RM34.2 juta.”

“Daripada jumlah tersebut Daerah Tawau mendapat 40 buah PBR bina baru dan akan dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Tawau,”katanya.

Tambah beliau, mereka yang layak mendapat rumah di bawah PBR ialah pemilik rumah daif atau yang tidak memiliki rumah dari kalangan Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT) yang berdaftar dalam Pangkalan Data e-Kasih.

“Keutamaan pemberian rumah PBR ini adalah warga emas, OKU, ibu atau bapa tunggal dan mangsa bencana alam.”

“Kos sebuah rumah bina baru di bawah PBR ini adalah RM50 ribu bermula pada tahun 2013,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Sebatik Datuk Hj. Abdul Muis Hj. Picho, sempena persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah(DUN)  mesyuarat kedua penggal keempat di DUN Sabah yang ke-14, di sini, hari ini.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan