Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,635

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

LD: Lebih 200 orang meriahkan larian di ambang Merdeka

2:01pm 31/08/2016 Leolerry Lajius 216 views Lahad Datu,Sukan,Tempatan

LAHAD DATU: Sebanyak 14 buah pasukan sekitar daerah Lahad Datu, Tungku dan Felda Sahabat membabitkan peserta seramai lebih 200 orang berjaya memeriahkan Larian Di Ambang Merdeka sempena sambutan Hari Kebangsaan 2016.
Program yang diadakan bertempat di perkarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Sahabat 16 Lahad Datu itu disempurnakan sendiri guru besar sekolah itu Jannah Madullah.
Ketua Penyelaras, Yandy Merika berkata, larian sejauh 10 kilometer itu mempertandingkan tiga kategori membabitkan laluan sekitar Felda Sahabat Desa Kencana.
Katanya, program pertama kali diadakan itu adalah sempena sambutan Hari Kebangsaan 2016 yang mensasarkan kepada murid sekolah sekitar zon Tungku Lahad Datu selain masyarakat setempat.
“Selain itu juga, larian ini turut mensasarkan guru-guru sekitar daerah Lahad Datu dan masyarakat Desa Kencana.
“Program larian ini juga adalah bagi merapatkan hubungan antara warga sekolah dengan komuniti setempat dan masyarakat sekeliling,”katanya ketika dihubungi disini, semalam.

JANNAH bergambar kenangan bersama peserta larian sebelum pelepasan.

JANNAH (Tengah)  bergambar kenangan bersama peserta larian sebelum pelepasan.

Yandy berkata, tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Lelaki Lelaki Terbuka; Wanita Terbuka dan Murid Terbuka.
Katanya, aktiviti sukan itu juga adalah bagi menjalinkan hubungan kerjasama, semangat membantu serta semangat bertanggungjawab antara guru,murid dan peserta.
“Selain itu, program ini turut menyedarkan masyarakat sekeliling betapa pentingnya kesihatan dalam kehidupan seharian.
“Sudah tentu, larian ini juga mampu menimbulkan semangat patriotik dikalangan masyarakat khususnya masyarakat di Felda Sahabat Desa Kencana Lahad Datu sempena sambutan Kemerdekaan Malaysia,”katanya.
Sementara itu, Yandy berkata, larian itu turut mempertandingkan tiga kategori anugerah iaitu anugerah pasukan paling teramai; anugerah juara keseluruhan lelaki terbuka; dan anugerah juara keseluruhan wanita terbuka.
Katanya, pasukan Balai Polis Cenderawasih Felda Sahabat berjaya mengungguli anugerah pasukan paling teramai; pasukan SCCLD (anugerah juara keseluruhan lelaki terbuka) dan pasukan Sahabat 4/5 memenangi anugerah juara keseluruhan wanita terbuka.
Terdahulu, pemenang bagi kategori lelaki terbuka dimenangi Rony Abdullah (SCCLD); kedua Samuiel Ralimpo (polis bantuan Desa Kencana) dan ketiga dimenangi Mohd Izran Juhaini (Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana).
Manakala bagi kategori wanita dimenangi Ummai Rasada Abdul Hask (Sahabat 4/5) kedua Norsilah Harman (Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana) dan ketiga dimenangi Junelin Dian (Fajar Harapan)./SayangSabah

JANNAH bergambar kenangan bersama pemenang.

JANNAH bergambar kenangan bersama pemenang.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan