Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Layan seperti haiwan

GAMBAR menunjukkan Salih diikat di luar rumah oleh keluarganya sendiri.
GAMBAR menunjukkan Salih diikat di luar rumah oleh keluarganya sendiri.

Siverik, Turki: Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun dilayan seperti haiwan oleh keluarganya sendiri apabila sering diikat di luar rumah hampir setiap hari.

Kisah budak berkenaan viral di Turki apabila seorang jiran merakam video menunjukkan kanak-kanak itu diikat di luar rumah pada waktu malam.

Keluarga kanak-kanak itu berasal dari Syria dan mereka datang ke bandar Siverik selepas melarikan diri daripada perang di negara asal.

Video berkenaan menunjukkan budak lelaki yang dikenali sebagai Salih itu menangis dan menjerit dengan kakinya diikat pada jeriji besi di luar rumahnya.

Beberapa jiran dilihat menghampiri Salih dan ada daripada mereka mendesak keluarganya membebaskan kanak-kanak berkenaan. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan