Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lawatan rombongan Majlis Orang Asal Taiwan tambah ilmu pengetahuan Kebudayaan

3:02pm 19/12/2015 Dewiana Tinggolongon 146 views Kota Kinabalu,Tempatan
Pairin dan Chen Chang barisan depan bergambar dengan ahli-ahli KDCA dan rombongan dari Taiwan selepas program penerimaan Timbalan Menteri Asli Taiwan.- Foto Alex Mairin / sayangsabah.

Pairin dan Chen Chang barisan depan bergambar dengan ahli-ahli KDCA dan rombongan dari Taiwan selepas program penerimaan Timbalan Menteri Asli Taiwan.- Foto Alex Mairin / sayangsabah.

KOTA KINABALU- Lawatan rombongan Timbalan Menteri Majlis Orang Asal Taiwan ke Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) menambah ilmu pengetahuan dalam kebudayaan dan pendidikan bagi sejarah kebudayaan Kadazandusun.

Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Huguan Siou, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, kedatangan rombongan itu memberi banyak pengajaran baharu berkaitan kebudayaan.

“lawatan selama seminggu itu memberi banyak informasi terutamanya dalam sesi dialog bersama menterinya berkaitan budaya.

“Saya tidak dapat melupakan bahawa terdapat banyak persamaan diantara orang asal Taiwan dengan orang asal Sabah terutamanya dalam makanan tradisi, pakaian tradisi dan bahasa,” katanya.

Menurutnya terdapat persamaan perkataan terutamanya dalam suku kaum Yami di Taiwan dengan bahasa Kadazandusun.

“Seperti dalam bahasa Yami, Emak dipanggil Ina dan dalam bahasa Kadazandusun juga ia dipanggil Ina, begitu juga dengan perkataan Minum, dalam bahasa Yami ia dipanggil Inomen dan dalam bahasa Kadazandusun ia dipanggil Inumon,” katanya.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Menteri  Majlis Orang Asal Taiwan, Dr.Cheng Chang Pei-Lun.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Lawatan Timbalan Menteri Majlis Orang Asal di taiwan ke KDCA, di sini hari ini (Sabtu).

“Bagi saya persamaan itu berkaitan dengan sejarah Orang Asal Taiwan dan Kadazandusun sungguhpun terdapat sosiologist dan linguists mengatakan bahawa kita adalah Austronesians,” katanya.

Beliau berharap lawatan itu tidak berakhir di situ sahaja tetapi ia akan berterusan dan mengukuhkan hubungan diantara Sabah dan Taiwan dalam aspek kebudayaan pendidikan mahupun hubungan negara.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan