Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,660

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lawatan Pengakap Puteri Kyoto ke Sabah pada Mac depan

7:07pm 23/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 35 views Tempatan
CENDERAHATI - Norlidah (6 dari kiri) menerima cenderahati kenangan dari Naomi.

CENDERAHATI – Norlidah (6 dari kiri) menerima cenderahati kenangan dari Naomi.

KOTA KINABALU: Seramai 20 peserta Pengakap Puteri Kyoto, Jepun akan melawat Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sabah pada 26 Mac depan.

Yang Di-Pertua Cawangan, Datuk Naomi Chong Set Mui berkata lawatan tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada ahli persatuan mengenali adab serta budaya antara dua negara.

“Antara aktiviti yang dirancang kepada peserta iaitu lawatan, aktiviti anak angkat, pengenalan makanan dan permainan tradisi masyarakat tempatan.

“Pihak Pengakap Puteri Kyoto juga akan memperkenalkan adab dan budaya mereka seperti cara-cara pemakaian baju tradisi Kimono dan acara tradisi minum teh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah R.M. Jasni yang juga merangkap penaung persatuan itu.

Mengulas tujuan kunjungan, katanya, adalah untuk memberi penerangan ringkasan aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan pada tahun 2015 dan perancangan aktiviti 2016.

“Antara aktiviti yang akan diadakan adalah Karnival Hari Peringatan Pandu Puteri 2016 dan Lawatan oleh Pengakap Puteri Kyoto, Jepun.

Sementara itu, menurut Naomi, Karnival Hari Peringatan bakal dianjurkan pada 13 Mac di Wisma Pandu Puteri yang bertujuan memupuk nilai-nilai keusahawanan kepada ahli-ahli persatuan.

Katanya lagi, Pasukan Pandu Puteri Kota Belud, Kota Kinabalu, Tuaran, dan Beaufort akan membuka bazar-bazar jualan.

“Melalui program-program yang dirancang, kami berharap dapat mengasah bakat para ahli persatuan dan memberi pengalaman kepada mereka sebagai persediaan menjadi bakal pemimpin pada masa hadapan“,katanya.

Orang ramai turut dijemput hadir ke karnival tersebut bagi memeriahkan suasana. – SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan