Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lawatan Najib ke Singapura wujud hubungan baik dua hala

najib singapore

SINGAPURA: Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan perasmian Agro Bazar Malaysia di Singapura menandakan hubungan baik antara Singapura dan Malaysia, kata Kementerian Luar Singapura.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata, ia turut memperkukuh komitmen kedua-dua negara dalam mengeratkan hubungan kerjasama dalam semangat setiakwan, hormat-menghormati dan faedah bersama.

Najib akan berada di Singapura hari ini untuk merasmikan Agro Bazar Malaysia.

Pada 7 April 2014, semasa Permukiman Pemimpin Malaysia-Singapura di Kuala Lumpur, beliau mengumumkan bazar tersebut merupakan inisiatif Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia serta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).

Bazar yang terletak di Lot 37, 39, 41 dan 43 Sultan Gate akan mempamerkan buah-buahan segar dan produk pertanian daripada Malaysia.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong telah dijemput oleh Najib untuk turut bersama merasmikan pembukaan bazar tersebut.

Berikutan pelancaran itu, Lee dan isteri, Najib serta Datin Seri Rosmah Mansor akan turut melawat Hab Sukan Singapura yang baru siap di samping menghadiri majlis makan malam yang dihoskan Lee. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan