Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

LAWATAN DIRAJA PEMANGKU RAJA KELANTAN DI PANGKALAN TLDM, TELUK SEPANGGAR

Pemangku Raja Kelantan, Yang Maha Mulia Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra (tengah) memberikan tabik hormat kepada panji-panji KD Sri Semporna ketika melakukan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama selepas berkenan berangkat ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu, Teluk Sepanggar, Sabah dalam rangka lawatan baginda ke negeri ini bermula hari ini sehingga 16 September. Gambar SNT/Ehsan Puteri Rania

KOTA KINABALU: Pemangku Raja Kelantan, Yang Maha Mulia (YMM) Dr. Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra berkenan berangkat ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Teluk Sepanggar dalam rangka lawatan baginda ke negeri ini bermula hari ini sehingga 16 September.

Keberangkatan tiba baginda di Kapal Diraja (KD) SRI KOTA KINABALU pada jam 3.30 petang disambut dengan tabik hormat seterusnya baginda melakukan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama bersama panji-panji KD SRI SEMPORNA terdiri daripada 3 pegawai dan 105 anggota TLDM diketuai Leftenan Komander Ong Liang Hwa TLDM diiringi Pasukan Pancaragam KD PELANDOK dan KD SULTAN ISMAIL.

Turut menyambut keberangkatan tiba baginda adalah Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Haji Ayob, Panglima Angkatan Kapal Selam, Laksamana Muda Dato’ Zulhelmy Ithnain, Timbalan Panglima Armada Timur, Laksamana Pertama Khalid Jaafar dan Panglima Logistik Timur, Laksamana Pertama Syed Ahmad Hilmi Syed Abdullah.

Seterusnya pada hari esok, baginda dijadualkan berangkat ke Markas Pemerintahan Kapal Selam sebelum melawat Markas Wilayah Laut 2, Sandakan pada sebelah petang. Sepanjang berada di sini juga, baginda berkenan untuk berangkat dan melawat KD SRI SEMPORNA, Semporna dan ESSCOM, Lahat Datu.

Baginda dijangka berlepas pulang ke Kelantan pada petang, 16 September.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan