Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,718

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lawatan BAKISA mengeratkan silaturahim

4:03pm 14/11/2015 Ann Vivien 10 views Isu Semasa,Tempatan
Faridah memotong ribin perasmian gelanggang badminton Al-Raudhah

Faridah memotong riben perasmian gelanggang badminton Al-Raudhah

TAWAU: Lawatan Badan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat (BAKISA) ke beberapa institusi kebajikan disifatkan jambatan penghubung dan pengerat silaturahim di samping  satu pengisian program badan tersebut

Yang Dipertua BAKISA,Datin Seri Datuk Faridah Tussin berkata, lawatan yang diadakan memberikan peluang kepada isteri wakil rakyat untuk beramah mesra selain dapat merasai penderitaan golongan yang memerlukan bantuan.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Hospital Besar Tawau dan Rumah Anak Yatim Ar Raudah di sini.
Katanya, lawatan ke Hospital Besar Tawau dan rumah anak yatim Ar Raudhah pada kali ini bertujuan menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban mereka.

Dalam lawatan ke rumah anak yatim Ar Raudhah,beliau juga berkesempatan merasmikan gelanggang badminton yang baru sahaja dibina di tempat tersebut di samping menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim.
Turut serta Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri,Datuk Ariffin Arif, Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat, Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah, Amrullah Kamal, Presiden Majlis Perbandaran Tawau,Datuk Ismail Mayakob dan Pengarah YADIM Sabah, Samin Ungki.-Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan