Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lawatan Bagi Keluarga Banduan Sempena Gawai Dan Kaamatan

12:13am 18/05/2016 Pak Roshan 158 views Berita Pilihan,Mutakhir,Nasional

jabatan penjara

KUALA LUMPUR :  Anggota keluarga para banduan di penjara Sabah dan Sarawak dibenarkan melawat mereka sempena Pesta Kaamatan di Sabah yang disambut pada 30 dan 31 Mei ini, serta Hari Gawai di Sarawak pada 1 dan 2 Jun ini.

Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara Malaysia, Supri Hashim berkata bagi Sabah, lawatan itu adalah pada 1 dan 2 Jun manakala bagi Sarawak tarikh melawat banduan di penjara negeri itu ialah pada 3 dan 4 Jun ini.

“Keutamaan lawatan akan diberikan kepada penghuni kaum yang meraikan hari sambutan itu sahaja.

“Selain itu, Jabatan Penjara memohon kerjasama pelawat untuk mematuhi peraturan ditetapkan iaitu waktu lawatan bermula dari 8.15 pagi hingga 4.15 petang,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sehubungan itu, pelawat diminta membawa kad lawatan serta kad pengenalan bagi memudahkan urusan, namun makanan dari luar adalah dilarang sama sekali, katanya.

Supri berkata pelawat juga tidak digalakkan memberi wang kepada penghuni memandangkan semua kemudahan asas telah disediakan Jabatan Penjara.

“Sekiranya pelawat ingin memberi wang kepada penghuni atas urusan tertentu, misalnya untuk bayaran yuran peperiksaan, mereka diminta mendapatkan resit rasmi PPT.28 sebagai akuan penerimaan,” katanya.

Beliau berkata pihak penjara juga berhak membuat pemeriksaan fizikal ketika pelawat masuk dan keluar penjara tertakluk kepada akta dan peraturan Jabatan Penjara.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan