Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Latihan Tenaga Manusia Harus Dipertingkat Dalam Perlindungan Alam Sekitar – Ronald

ronald

TELUPID: Usaha penguatkuasaan dalam bentuk pembinaan keupayaan dan latihan tenaga manusia harus dipertingkatkan bagi memulihara dan melindungi alam sekitar.

Anggota Parlimen Beluran Datuk Seri Ronald Kiandee berkata tumpuan harus diberikan dalam membuat pengawalan pembangunan terutamanya yang memberikan kesan terhadap hutan hujan tropika, hidupan liar dan sumber air.

Katanya langkah seperti penentuan atau pewartaan kawasan tertentu sebagai ‘Kawasan Kawalan Khusus’ iaitu semua pembangunan di dalamnya akan dikawal supaya mematuhi amalan terbaik dalam hal kemampanan.

“Tanggungjawab memulihara alam sekitar perlu dipikul oleh semua pihak dan tidak sepatutnya dibiarkan kepada kerajaan atau pertubuhan-pertubuhan tertentu semata-mata,” katanya ketika merasmikan Hari Terbuka Kawasan Konservasi Kanyon Imbak di Dewan Masyarakat Telupid di sini Khamis.

Turut hadir Pengurus Kumpulan Bahagian Konservasi Yayasan Sabah Dr Widdy Sinun dan Pengurus Besar Pejabat Petronas Wilayah Sabah dan Labuan Julita Ontol.

Sehubungan itu, Ronald yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat mengalakkan orang ramai memainkan peranan penting dengan mengambil berat kesejahteraan sejagat.

Katanya walaupun hanya dengan sumbangan kecil seperti tidak membuat pembakaran terbuka dan mengamalkan Prinsip 3R (Kurangkan Penggunaan, Gunakan Semula dan Kitar Semula) oleh sebanyak mungkin individu, setidak-tidaknya ia dapat membantu mengawal pemanasan global.

“Sayangi dan cintailah bumi kita demi kesejahteraan dan keharmonian kehidupan generasi akan datang,” katanya.

Beliau juga menghargai sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah kerana memainkan peranan yang cukup besar dalam usaha pemuliharaan hutan.

Beliau juga menyampaikan penghargaan kepada Petronas yang menyumbangkan dana yang amat besar untuk memulihara Kawasan Konservasi Kanyon Imbak.

Ronald berkata ini jelas menunjukkan bahawa Petronas prihatin dalam usaha pemuliharaan alam sekitar di M alaysia terutamanya di Negeri Sabah.

Komen


Berita Berkaitan