Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

LATIHAN PASAK PERKUKUH USAHA TANGANI ANASIR JAHAT DI ESSZONE

esscom

SANDAKAN : Usaha menangani anasir jahat di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZOne) diperkukuhkan lagi menerusi pelaksanaan Latihan Pasak I Program Latih Amal Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) di sini hari ini.

Latihan tersebut melibatkan 40 pegawai dan 300 anggota serta 50 pemerhati daripada pelbagai agensi yng diadakan di kawasan perumahan lama Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan.

Pasukan keselamatan yang terlibat antaranya ialah Polis, Angkatan Tentera Malaysia, Pasukan Gerakan Am, Pasukan Gerakan Khas, Pasukan Atur Cepat, Pasukan Tindakan Khas, Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata  latihan tersebut bertujuan bagi menilai perancangan serta melihat sejauh mana keberkesanan perancangan itu dan sekiranya terdapat masalah atau kepincangan, ia akan ditangani.

Latihan berkenaan juga bagi mendedahkan anggota dan agensi-agensi berkaitan dengan senario sebenar sebagai langkah persediaan dan kesiapsiagaan sekiranya berlaku sebarang kemungkinan, katanya kepada pemberita selepas menyaksikan demonstrasi serangan dan menyelamat latihan itu.

Hadir sama Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim, Komander ESSCom Datuk Abdul Rashid Harun dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Malik Harun.

Noor Rashid berkata sekiranya terdapat kelemahan dan kepincangan dalam latihan tersebut, ia dapat dikenal pasti dan diambil kira untuk memperbaiki perancangan serta tindakan pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Noor Rashid berkata pasukan keselamatan negara tidak akan berkompromi dalam tindakan yang diambil terhadap pengganas yang menggugat keselamatan negara.

Katanya pasukan keselamatan akan terus memberi isyarat kepada pengganas khususnya yang masih tidak mengendahkan pertahanan negara dengan menunjukkan risiko yang bakal mereka terima.– BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan