Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

LATIHAN KETENTERAAN BERSAMA MALAYSIA-FILIPINA BERMULA HARI INI

Pegawai Memerintah KD Selangor, Komander Khairisharizal Salehin (hadapan tengah) bersama krew bergambar di dek penerbangan KD Selangor sewaktu pelayaran ke Manila, Filipina untuk menjalani latihan MALPHI Laut 21/2018. Gambar SNT/Ehsan Markas Pemerintahan Armada Timur

KOTA KINABALU: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Laut Filipina melaksanakan latihan maritim tahunan Malaysia-Filipina (MALPHI) Laut kali ke-21 di Pangkalan Tentera Laut Filipina Heracleo Alano, Manila, Filipina bermula 24 September sehingga Jumaat ini.

Upacara perasmian latihan berkenaan disempurnakan oleh Panglima Armada Filipina, Laksamana Muda Danilo R Rodelas AFP bersama dengan Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob.

Rodelas berkata, latihan bersama itu membuktikan komitmen untuk mengeratkan persahabatan maritim diantara dua negara dan untuk mencapai matlamat bersama.

Pegawai dan anggota TLDM yang belayar bersama KD Selangor bergambar sejurus tiba di Pangkalan Laut Heracleo Alano di Manila, Filipina untuk menjalani latihan MALPHI LAUT 21/2018. Gambar SNT/Ehsan Markas Pemerintahan Armada Timur

“Ini adalah penting bagi kedua-dua negara untuk menghadapi cabaran di laut yang tidak akan dapat diatasi secara sendirian. Kita haruslah mempertahankan laut kita terhadap sebarang ancaman yang semakin meningkat seperti aktiviti lanun dan pengganas.

“Justeru, kita perlu kekalkan kerjasama serantau ini dalam melaksanakan operasi bantuan kemanusiaan dan operasi mencari dan menyelamat di perairan kita,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Markas Pemerintahan Armada Timur.

Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob (dua kiri) bersalaman dengan pegawai dan anggota dari Tentera Laut Filipina sambil diiringi oleh Panglima Armada Filipina, Laksamana Muda Danilo R Rodelas di Pangkalan Laut Heracleo Alano, Manila, Filipina. Gambar SNT/Ehsan Markas Pemerintahan Armada Timur

Manakala Abdul Rahman pula berkata, MALPHI Laut ini merupakan salah satu latihan bagi kedua-dua negara untuk memupuk huhungan maritim yang berpanjangan.

“Ini juga satu langkah penting untuk meningkatkan dan mengukuhkan kerjasama dalam menjaga keamanan serta mempelajari pelbagai taktik yang berguna untuk Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Laut Filipina dalam latihan ini,” katanya.

Sebelum itu, Kapal Diraja (KD) Selangor yang diketuai oleh Pegawai Memerintah, Komander Khairisharizal Salehin tiba di Pangkalan Laut Heracleo Alano pada pagi Ahad.

Latihan MALPHI Laut ini bermula pada tahun1994 sebagai kerjasama pertahanan maritim yang telah dimeterai oleh kerajaan Malaysia dengan Filipina bertujuan meningkatkan kerjasama dalam operasi penugasan, rondaan maritim yang menumpukan ancaman keganasan dan sebarang aktiviti haram di perairan serantau. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan