Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Latihan Ex Pasak Mantapkan Pasukan Keselamatan ESSCom

Latihan Amal Pasak oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) akan diperluas pelaksanaanya dan turut diadakan di lokasi 'panas' yang dikenalpasti di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dalam masa terdekat. - Foto BERNAMA
Latihan Amal Pasak oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) akan diperluas pelaksanaanya dan turut diadakan di lokasi ‘panas’ yang dikenalpasti di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dalam masa terdekat. – Foto BERNAMA

TAWAU – Latihan Amal Ex Pasak berobjektif memantapkan kesiapsiagaan pasukan keselamatan dan pertahanan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim.

Beliau berkata sepanjang latihan dua fasa itu iaitu 21 hingga 23 Feb lepas dan 26 Feb sehingga hari ini di daerah Tawau, pasukan keselamatan dan pertahanan dapat mengenal pasti kekurangan dan kelemahan serta mencari mekanisme untuk mengatasinya.

“Dalam latihan ini ESSCom serta agensi keselamatan dan pertahanan yang lain dapat menguji keberkesanan prosedur operasi standard (SOP) masing-masing sama ada masih sesuai atau perlu diperbaiki.

“Kerjasama semua agensi keselamatan dan pertahanan seperti polis, tentera dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) juga dapat dieratkan melalui latihan ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Latihan Amal Ex Pasak II di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, di sini hari ini.

Katanya menerusi latihan itu, pasukan keselamatan dan pertahanan serta agensi-agensi lain yang diterajui ESSCom dapat mewujudkan pelbagai kesiapsiagaan dalam mempertahankan kedaulatan negara termasuk di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Muhammad Fuad berkata, fasa pertama Latihan Amal Ex Pasak II merupakan bengkel berkaitan pengurusan krisis dan bencana yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan serta mengemas kini koordinasi dan membentuk persefahaman semua agensi yang terlibat.

Beliau berkata fasa kedua latihan melibatkan semua elemen pasukan keselamatan dan pertahanan di ESSZone dan dibantu oleh agensi lain seperti Jabatan Laut, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, dan Jabatan Pertahanan Awam.

“Latihan kedua itu melibatkan gerak gempur dan atur gerak aset-aset pasukan yang terlibat. Senario kejadian dalam latihan itu adalah melibatkan kejadian rompakan di sebuah bank dan kedai emas oleh sekumpulan pengganas,” katanya.

Sebanyak 63 peserta terdiri daripada semua ketua polis daerah di seluruh Sabah, ketua bahagian keselamatan dan kententeraman awam daerah, pegawai pemerintah batalion Pasukan Gerakan Am (PGA), pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan APMM terlibat dalam latihan itu, katanya.

Muhammad Fuad berkata latihan itu akan dilaksanakan di daerah lain dalam kawasan ESSZone.

Sebelum ini, latihan sama diadakan di Sandakan. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan