Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Latihan ERT, meningkatkan kecekapan Pasukan Bomba

Peserta ERT sedang menjalankan latihan-Gambar Oleh Alex Mairin
Peserta ERT sedang menjalankan latihan-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah (JBPM) telah menganjurkan satu program Latihan Kawad Kecekapan Pasukan Keselamatan Kebakaran (ERT) bertempat di Dataran Sabah Trade Centre, Jalan Kompleks Sukan Likas.

Menurut Pengarah JBPM Sabah Hj. Nordin Bin Pauzi   program ini adalah adalah sebagai usaha mempergiatkan latihan dan meningkatkan kemahiran ahli-ahli ERT agar mampu menggunakan peralatan kebombaan untuk tujuan melawan kebakaran berdasarkan SOP kebombaan dan dan penyelamatan JBPM.

“Peranan pasukan ERT juga membolehkan mereka memantau dan memastikan pintu kecemasan dan mengawasi pekerja supaya bertindak cepat menyelamatkan diri semasa berlaku kecemasan,”katanya.

Pelaksanaan program latihan kawad kecekapan ERT di Sabah telah berjaya dilaksanakan sejak tahun 2013 lagi dan mendapat sambutan yang memuaskan daripada pasukan-pasukan ERT seluruh negeri sabah.

Statistik menunjukkan lebih 395 premis yang ditetapkan di negeri ini dan kesemuanya diperakui memiliki pasukan ERT masing-masing.-Oleh Leolerry Lajius/Sayangsabah

 

Pengarah JBPM Sabah, Hj. Nordin Bin Hj. Pauzi -Gambar Oleh Alex Mairin
Pengarah JBPM Sabah, Hj. Nordin Bin Hj. Pauzi -Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan