Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,746

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Laser ancam penerbangan

9:59am 19/03/2016 Pak Roshan 792 views Global
LAKARAN artis menggambarkan kejadian pancaran laser di tembak pada pesawat.

LAKARAN artis menggambarkan kejadian pancaran laser di tembak pada pesawat.

Jakarta: Lembaga Penyelenggara Pelayan Navigasi Penerbangan Indonesia (AirNav Indonesia) melahirkan kebimbangan mengenai peningkatan kejadian tembakan laser terhadap pesawat yang sedang mendarat di lapangan terbang negara itu.

Pengarah Operasi AirNav Indonesia, Wisnu Darjono berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada juruterbang yang terganggu dengan pancaran laser berkenaan.

“Kejadian ini berlaku di beberapa lapangan terbang di seluruh negara dan jumlah itu semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

“Kejadian ini berlaku di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Jakarta, Lapangan Terbang Batam, Bali dan di Yogyakarta.

“Juruterbang melaporkan kejadian ini sejak awal tahun ini dan kini gangguan itu berlaku dengan lebih kerap,” katanya.

Menurutnya, ada individu yang tidak bertanggungjawab menembak laser pada pesawat yang hendak mendarat dan berada pada ketinggian di bawah 300 meter.

“Pancaran laser ini sangat kuat dan terang, sekali gus mengganggu penglihatan juruterbang,” jelasnya.

Sementara itu, pegawai Tentera Udara Indonesia, Bonang Bayuadi memberitahu, tindakan tidak bertanggungjawab itu sangat bahaya dan boleh menyebabkan kemalangan.

“Secara teknikalnya pacaran laser tidak boleh mengganggu sistem pesawat tetapi ia sangat bahaya sekiranya ditembak terus kepada juruterbang.

“Pancaran laser yang kuat boleh menjejaskan penglihatan juruterbang, sekali gus meningkatkan risiko berlakunya kemalangan,” katanya.

Menurutnya, pesawat yang mahu berlepas dan mendarat sering diganggu dengan tembakan laser berkenaan dan tindakan itu sangat bahaya.

Menurutnya, pihaknya dan polis Indonesia mengetatkan kawalan di kawasan lapangan terbang dan memburu individu yang menembak laser ke arah pesawat. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan