Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Larian SSM 2016 bakal diadakan bulan Oktober

9:26pm 21/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 139 views Tempatan
KENANGAN.... Jainab dan Yeo merakamkan gambar kenangan bersama para peserta semasa program Berbasikal dan Gotong Royong di sekitar Pekan Telipok, di sini, hari ini.

KENANGAN…. Jainab dan Yeo merakamkan gambar kenangan bersama para peserta semasa program Berbasikal dan Gotong Royong di sekitar Pekan Telipok, di sini, hari ini.

KOTA KINABALU- Satu program Larian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bakal berlansung pada 22 Oktober, tahun ini secara serentak di 14 lokasi di seluruh negara.

Program Larian SSM tersebut bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik di negara ini.

Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid, progam ini merupakan satu usaha yang baik dalam mempromosi cara hidup yang sihat di kalangan masyarakat di seluruh negara.

“Saya melihat aktiviti yang melibatkan kesihatan mendapat banyak sokongan daripada orang ramai.

“Ini kerana masyarakat sekarang mementingkan cara hidup yang sihat,”katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar sempena Majlis Pelancaran Larian SSM 2016 yang bertemakan ‘The Healthy ONE’ di [email protected], disini, hari ini.

Selain itu, katanya, orang ramai perlu menjaga kesihatan mereka dari awal lagi dengan mengamalkan cara hidup yang sihat.

“Ramai orang sanggup membelanjakan sejumlah wang yang banyak semata-mata untuk mengubati sakit yang mereka hidapi. Namun, cara yang terbaik adalah mengamalkan cara hidup yang sihat,”ujarnya.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Dato’ Zahrah Abd Wahab berkata program larian itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) SSM untuk membantu golongan yang memerlukan.

Selain itu, katanya, program tersebut dianjurkan oleh pihak Yayasan Kebajikan Amal Bakti Malaysia dan menyasarkan sejumlah 5,000 penyertaan dari syarikat, perniagaan atau Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT).

“Setiap syarikat dan perniagaan pula, kita akan sasarkan untuk menghantar sekurang-kurangnya lima orang peserta,”katanya.

Tambahnya, program itu secara tidak lansung menggalakkan orang ramai agar mengamalkan gaya hidup yang sihat dan cergas.

“Program ini akan memberi kesedaran kepada kita semua bahawa penjagaan kesihatan tidak seharusnya dilupakan walau sesibuk mana pun urusan seharian kita,”tambahnya. Beliau turut menyeru kepada syarikat, perniagaan dan PLT serta orang ramai agar menyertai progam larian itu.-Elezebeth Esther/SayangSabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan