Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Larian Obor KL 2017 Tiba Di Labuan

LABUAN – Kira-kira 1,000 peserta termasuk bekas pemain bola sepak Sabah, atlet tempatan dan belia menyertai Larian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) sempena temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9.

Majlis pelancaran larian obor itu bermula dengan acara pertukaran obor sebagai tanda simbolik bermulanya Larian Obor KL2017 di sini.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyerahkan obor itu kepada Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli dan seterusnya kepada pemain legenda bola sepak kebangsaan yang juga anak jati Labuan, Datuk Hassan Sani.

Larian Obor KL2017 telah menjelajah beberapa negeri bermula di Johor pada 14 Mei lalu dan dijadual berakhir pada 12 Ogos di Kuala Lumpur.

Larian Obor ini dibawa melalui tempat-tempat ikonik yang terpilih di seluruh negara, menjadikan larian ini unik kerana ia tidak pernah dilakukan dalam sejarah temasya Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN.

Di Labuan, larian obor ini akan melalui Kompleks Ujana Kewangan, Kompleks Sukan Labuan, Kampung Air Patau-Patau, Pasar Kampung Sungai Keling, Kampung Sungai Bedaun, Kampung Bukit Kalam, Layang-Layangan dan Batu Manikar.

Larian Obor itu akan berakhir di Lapangan Terbang Labuan esok bagi destinasi berikutnya, Sabah. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan