Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Larian Amal Unitar-SIDMA 2016 berjaya kumpul dana RM14,000

10:22pm 15/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 25 views Tempatan
Mayor DBKK, Datuk Yeo Boon Hai menerima sumbangan RM2,000.00 mewakili Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) kawasan Bandaraya Kota Kinabalu.

Mayor DBKK, Datuk Yeo Boon Hai menerima sumbangan RM2,000.00 mewakili Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) kawasan Bandaraya Kota Kinabalu.

KOTA KINABALUI- Larian Amal Unitar-Sidma 2016 berjaya kumpul dana sejumlah RM 14,000 dan dana tersebut disumbangkan kepada Rumah Anak Yatim Al-Mughni Penampang dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) kawasan Bandaraya Kota Kinabalu yang diwakili oleh Pengerusinya, Mayor DBKK, Datuk Yeo Boon Hai.

Menurut Pengerusi Kolej Sidma, Dr Mornie Kambri, larian amal ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi Pertubuhan Anak Yatim iaitu Rumah Anak Yatim Al-Mughni, Penampang serta Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM).

“Menerusi program ini, secara tidak langsung ianya telah menempatkan nama Kolej SIDMA ke satu tahap yang lebih tinggi dalam bidang pendidikan dan khidmat masyarakat,” kata Dr. Morni lagi.

Manakala menurut, Naib Canselor UNITAR International University, Professor Dr. Sakina Sofia aktiviti seperti ini mampu mendekatkan para pelajar dengan komuniti setempat.

Sementara itu, Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datuk Yeo Boon Hai yang turut serta di dalam larian tersebut menyatakan aktiviti larian seperti ini dapat membudayakan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat setempat.

Seramai 2013 peserta menyertai larian ini termasuk 191 peserta yang mendaftar sebagai pelari virtual iaitu berlari di luar Sabah antaranya di Singapura, Kuching, Pulau Pinang dan Taiping. Larian ini turut mendapat sambutan daripada peserta luar negeri seperti Australia, Jakarta dan Kenya.

Selain T-shirt dan medal, para pemenang turut mendapat wang tunai di mana tempat pertama menerima sebanyak RM500, tempat kedua RM400 dan ketiga mendapat RM300. Manakala tempat keempat dan kesepuluh menerima sebanyak RM150 seorang.

Turut hadir sama Ratu Pecut Sukan Asean 2015, Felicia Mikat melakukan pelancaran larian amal tersebut. Selain Naib Canselor UNITAR, Prof Dr Sakina Sofia.

Pameran dan Pertunjukan Motor turut diadakan dan berjaya untuk menghimpun lebih 200 buah motosikal pelbagai jenis termasuk Skuter, Motocross dan Motard, Motosikal (Kapcai) dan Motosikal dibawah 200cc turut memeriahkan suasana program.

Penglibatan golongan remaja diacara ini turut diserikan dengan adanya pemenang bagi kategori motor show dengan memenangi helmet trophi dan juga sijil bernilai RM400 bagi tempat pertama, RM250 bagi tempat kedua dan RM120 bagi tempat ketiga. Selain pelajar, Artis tempatan turut dijemput untuk membuat persembahan diantaranya adalah Joe Gaban dan juga Felix Agus.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej SIDMA Sabah, Azizah Khalid Merican berkata SIDMA kolej dan UNITAR akan bersama-sama dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu akan mengadakan program pembersihan jalanraya terbesar dan terpanjang di Kota Kinabalu.

Program tersebut melibatkan seramai lebih daripada 200 pelajar kolej dan universiti untuk membersihkan jalanraya disepanjang jalan daripada Suria Sabah ke Anjung Senja. Program ini dijangka akan diadakan pada 12 Mac, hadapan.-SayangSabah

Jawatankuasa Unitar-Sidma Chariti Fun Run 2016 bersama para pemenang acara larian tersebut.

Jawatankuasa Unitar-Sidma Chariti Fun Run 2016 bersama para pemenang acara larian tersebut.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan