Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Larian Amal UNITAR berjaya kumpul dana RM22,000

7:34pm 17/07/2016 Elezebeth Esther Onjining 100 views Tempatan
Francis (dua dari kanan) menyerahkan replika cek kepada salah seorang pemenang hadiah cabutan bertuah

Francis (dua dari kanan) menyerahkan replika cek kepada salah seorang pemenang hadiah cabutan bertuah.

PENAMPANG- Dana sejumlah RM22,000 berjaya dikumpul menerusi larian amal anjuran Persatuan Alumni Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (UNITAR).

Presidennya, Datuk Gerald Goh berkata dana tersebut akan digunakan bagi membantu memberikan bantuan pinjaman kepada pelajar UNITAR yang kurang berkemampuan dengan tidak mengenakan sebarang faedah ke atas pinjaman itu.

“Dana yang berjaya dikumpul akan digunakan sepenuhnya untuk membantu pelajar kurang berkemampuan yang menuntut di kolej berkenaan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di program larian amal itu, hari ini.

Selain itu, katanya, program yang disertai lebih daripada 370 peserta itu turut bertujuan mempromosi gaya hidup sihat dan kesatuan dalam kalangan pelajar.

Hadir sama, Pengerusi MCA Bahagian Penampang, Datuk Francis Goh dan Pegawai Daerah Penampang, Luvita Koisun. Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan