Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lari perut berdarah

perut

IPOH (PERAK) : Seorang lelaki yang berjalan pulang ke rumah selepas membeli barang di kedai serbaneka 24 jam di Khantan, di sini, parah akibat ditembak individu tidak dikenali, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, mangsa yang berusia 24 tahun ditembak dari belakang ketika cuba melarikan diri daripada suspek yang menaiki kereta Proton Satria berwarna hitam yang tiba-tiba menghalang laluannya.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, akibat kejadian itu, mangsa yang cedera di perut sempat menyelamatkan diri dan pulang ke rumahnya.

“Berdasarkan maklumat awal diperoleh, ketika kejadian mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang selepas membeli barang di kedai serbaneka, sebelum secara tiba-tiba dihampiri kereta.

“Mangsa melihat seorang lelaki daripada kenderaan terbabit mengacukan sesuatu yang kelihatan seperti senjata api sebelum mangsa yang ketakutan melarikan diri, namun belum sempat mangsa lari jauh, tiba-tiba dia terdengar bunyi letupan dan merasakan perutnya luka serta berdarah.

“Mangsa tidak berhenti dan terus lari pulang ke rumahnya,” katanya ketika ditemui pada majlis penutup Hari Kesedaran Jenayah dan Kempen Tolak Rasuah Peringkat Kontinjen Perak di Padang Polo Ipoh, di sini, semalam.

Beliau berkata, selepas kejadian, mangsa tidak terus mendapatkan rawatan dan kejadian itu hanya disedari adik lelakinya yang datang ke rumah mangsa jam 9 pagi.

“Adik mangsa yang terkejut melihat abangnya berlumuran darah membawa mangsa ke klinik berhampiran, namun pihak klinik tidak menerima dan mengarahkan mereka mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.

 

“Mangsa dihantar ke Jabatan Kecemasan HRPB untuk rawatan jam 11.10 pagi dan laporan mengenai kejadian itu dibuat jam 2 petang oleh anggota polis yang bertugas di pondok polis hospital berkenaan,” katanya.

Katanya, polis belum dapat mengambil keterangan daripada mangsa secara keseluruhan mengenai kejadian itu kerana mangsa masih dalam keadaan lemah.

“Setakat ini, polis belum mengetahui kawasan sebenar tempat kejadian untuk menjalankan siasatan dan memastikan sama ada mangsa ditembak menggunakan senjata api atau senapang angin.

“Polis juga masih menunggu laporan daripada pihak perubatan untuk mengetahui punca kecederaan mangsa selain kebenaran bagi menyoal siasat mangsa dengan lebih lanjut selepas keadaan mangsa stabil,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan