Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lari dari elak dipukul, dipercayai lemas di lautan

dipukul

BANTING: Akibat sering dipukul bakal suami, seorang wanita yang mahu melarikan diri dan pulang ke kampung halamannya di Indonesia sementara waktu antara mangsa yang dipercayai lemas apabila masih hilang selepas tongkang yang dinaiki bersama 96 penumpang lain karam di Sungai Air Hitam, dekat sini, awal pagi kelmarin.

Menceritakan kejadian itu, sepupu wanita dikenali sebagai Kasmawati, 36, Maryana Madan, 52, berkata, dia adalah individu yang membawa Kasmawati datang ke Malaysia untuk bekerja sebagai pembantu rumah, dua tahun lalu sebelum wanita itu menukar kerja sebagai tukang masak di Kuala Selangor.

Menurutnya, sepupunya itu pulang ke kampung menggunakan khidmat tongkang haram kerana tidak tahan apabila sering dipukul bakal suaminya yang juga warga Indonesia.

“Saya pesan kepada dia (Kasmawati) supaya berurusan dengan pihak berkuasa mengenai keinginannya pulang ke kampung walaupun permit perjalanannya sudah tamat tempoh.
“Namun, pesanan saya tidak diendahkan dan dia berdegil untuk pulang menggunakan khidmat tongkang haram, malah merahsiakan hasratnya itu hingga dimaklumkan kenalan mengenai insiden itu.

Komen


Berita Berkaitan