Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

LARANGAN BAWA MASUK ANJING DAN KUCING DARI SARAWAK: JUNZ WONG

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri tidak membenarkan aktiviti mengimport kucing dan anjing dari Sarawak ke Sabah sehingga kini.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Junz Wong berkata, kerajaan mengambil inisiatif berkenaan sejak wabak rabies diistiharkan di Sarawak sejak Julai tahun lalu.

“Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Sabah telah mempertingkatkan kawalan pintu masuk terutama sekali melalui darat iaitu melalui Immigration Quarantine Security (IQS) Sindumin-Merapok.

“Saya jamin bahawa JPV Sabah telah membuat perancangan rapi utk menghalang serta menangani penyakit ini jika ianya dapat menembusi benteng kawalan kita.

“JPV telah melihat kembali polisi terhadap penyakit ini dan telah membuat penambahbaikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini sebagai maklum balas terhadap spekulasi bahawa rabies akan akhirnya sampai ke Sabah.

Sementara itu Junz berkata, setakat ini beberapa siri kempen kesedaran telah di laksanakan di pekan Tawau, Kalabakan dan juga di Pegalungan Nabawan.

Katanya, JPV telah mengadakan simulasi ‘table top’ dan lapangan di Kalabakan Tawau baru-baru ini.

“Penambahbaikan kawasan imun akan dilaksanakan di sempadan Kalabakan-Kalimantan Utara serta Nabawan dan Pensiagan-Sarawak yang mana semua anjing berada dalam lingkungan 30 kilometer akan diberi pelali vaksin rabies.

“Saya menyeru orang awam supaya memberi kerjasama dengan melaporkan jika terdapat mana-mana orang yang cuba menyeludup anjing atau kucing masuk ke Sabah,” jelasnya.

Junz menekankan bahawa langkah pencegahan wabak rabies daripada merebak adalah tanggungjawab semua masyarakat. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan