Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Larang eksport makanan laut segar atasi isu kekurangan dalam Negeri

Yahya memberi Angpau kepada kanak-kanak dalam majlis tersebut
Yahya memberi Angpau kepada kanak-kanak dalam majlis tersebut

PUTATAN- Tindakan melarang eksport makanan laut segar dapat mengatasi isu kekurangan sumber makanan laut segar disamping menarik lebih ramai pelancong asing ke negeri ini, kata Datuk Seri Panglima Yahya Hussin.

Beliau yang merupakan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah berkata sumber ikan segar di negeri ini perlu diberi perhatian agar masyarakat setempat berpeluang menikmati makanan laut segar iru.

“Kita jarang sekali mendapat sumber makanan laut segar kerana semuanya dieksport ke luar negeri Sabah.
Kita tidak akan mengalami apa-apa kerugian sekiranya kita melarang ekport makanan laut segar itu,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika dalam satu sidang akhbar sempena perasmian Pesta Tahun Baru Cina Persatuan Tiong Hua dan Taipakung Putatan di pusat beli belah One Place, disini, hari ini.

Sementara itu, beliau menyeru kepada masyarakat setempat agar terus mengamalkan budaya tolong- menolong, hormat-menghormati, bekerjasama, bersatu-padu dalam segala aspek kehidupan.

Selain itu, terdapat pelbagai persembahan yang dipersembahkan dalam majlis tersebut. Diantaranya ialah persembahan silap mata, menyanyi, dan tarian naga.

Selain itu, Yahya turut memberi ‘Ang Pau’ kepada kanak-kanak dan warga emas yang hadir dalam majlis tersebut.- Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Yahya menerima skrol bertuah daripada Dewa Kekayaan sempena perasmian Pesta Tahun Baru Cina Persatuan Tiong Hua dan Taipakung Putatan
Yahya menerima skrol bertuah daripada Dewa Kekayaan sempena perasmian Pesta Tahun Baru Cina Persatuan Tiong Hua dan Taipakung Putatan

Komen


Berita Berkaitan