Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Laporan 30 baju seragam polis dicuri adalah palsu: Jalaluddin

Dakwaan palsu kononnya baju seragam polis dicuri dari kedai dobi menyebabkan kebimbangan orang ramai. - Gambar Hiasan
Dakwaan palsu kononnya baju seragam polis dicuri dari kedai dobi menyebabkan kebimbangan orang ramai. – Gambar Hiasan

KOTA KINABALU – Ibupejabat Polis Kontinjen Sabah menafikan laporan yang tersebar di aplikasi Whatasapp dan juga laman sosial yang mendakwa kononnya sebanyak 30 helai pakaian seragam polis telah dicuri dari sebuah kedai dobi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abd Rahman berkata, semakan telah dibuat dan didapati tiada laporan diterima oleh pihak berkuasa mengenai dakwaan tersebut.

“Polis Kota Kinabalu mengesahkan tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian,” katanya semasa mengulas mengenai perkara tersebut di sini hari ini.

Katanya, terdapat juga laporan Whatsapp yang sama tetapi ditukar nama tempat seperti Subang dan sebagainya.

Selain itu, katanya, terdapat juga laporan yang mendakwa terdapat sindiket yang menyamar sebagai jurujual dari rumah ke rumah sebelum menyamun mangsa mereka.

“Berita atau Whatsapp ini adalah direka dan isi kandungannya tidak benar,” tegas beliau.

Laporan yang tersebar secara meluas di kalangan pengguna Whatsapp sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai, adalah seperti berikut;

Astro channel 301 Chinese News just announced that the case of 30 police uniforms being stolen from a Subang laundry is true.

So be very careful. And please take note: 3 or 4 guys may visit your home claiming they are from water to install shower caps, to save water or to change electric bulb for free. They have been spotted in so many areas. Plz do NOT let them in. They are robbers, robbing people at gun-point. Plz alert all your contacts, as you may save life. Make sure door is locked at all time and Plz do not open door to strangers. This is new.

Sehubungan itu, orang ramai adalah dinasihati agar tidak menyebarkan sesuatu berita atau laporan yang belum pasti kebenarannya.

“Tindakan tegas undang-undang boleh dikenakan terhadap individu yang didapati menyebarkan berita palsu kepada orang ramai,” katanya lagi.
Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan